Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

TANJUNG PIAI ANAK SULUNG MUAFAKAT NASIONAL

$
0
0
“OVERCOOK” dan “OVERKILL” pihak kerajaan PH terhadap Kerajaan era BN telah membuahkan anak sulung Muafakat Nasional (MN). 

Selepas BN tumbang pada PRU-14, kerajaan PH di semua peringkat bersembunyi di belakang “kerosakkan” era Kerajaan BN, sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji, ketidak upayaan kerajaan membela nasib rakyat termasuk ancaman keperitan kehidupan harian akibat peningkatan kos sara hidup. 

Selain itu tindakan “overcook” dan “overkill” terhadap “bossku’ di semua peringkat, termasuk di Dewan Rakyat yang menyebabkan rakyat mual dan bosan. 

Adalah tindak balas sesuatu tindakan yang “overcook” yang disertai perbuatan “overkill” adalah protes atau bangkangan di luar jangka, seperti mana berlaku pada PRK Tg Piai. 

Tiada yang menjangka bahawa jumlah majoriti 15,086 yang diperoleh calon MN- Dato Seri Wee Jeck Seng, walaupun daripada awal-awal bahawa banyak pihak menjangkan bahawa Parlimen tersebut bakal dirampas semula oleh calon MN, berasaskan kepada rekod PRU-14, apabila jumlah undi calon Bn campur undi Pas, membuahkan majoriti lebih 2 ribu undi. 

Keputusan PRK Tg Piai undi PH telah berkurang 10,875 atau 51.16% berbanding undi yang diperolehi pada PRU-14, iaitu 21,255 apabila calon parti itu Karamine Sardini hanya mendapat 10,380 undi. Manakala undi calon BN kini MN meningkat 23% atau 4,735 undi kepada 25,466 daripada 20,731 pada PRU-14 yang diwakili oleh calon yang sama. 

Sebenarnya rakyat sudah memberi isyarat kepada Kerajaan PH berkaitan tindakan menyalahkan kerajaan era BN terhadap kegagalan menunaikan janji pilihanraya menerusi PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau dengan pengecualian di PRK Sandakan (mood dan situasi berbeza), namun tidak dijadikan iktibar, malah mereka bertindak agresif sehingga melampui batasan yang menjurus kepada tindakan overcook dan overkill. 

Pada senario sekarang, istilah TERLAMBAT adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan bagaimana kerajaan PH gagal menterjemahkan degup jantung rakyat, dan kegagalan itu tidak dapat lagi membendung kemarahan Muafakat Nasional mendapat sokongan rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808