Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK TG PIAI- SAMADA MILIK PH ATAU MN

$
0
0
MESKIPUN 6 penjuru, penumpuan hanya pada calon PH- Wak Karamine Sardini dan calon MN-Dato Seri Dr Wee Jeck Seng. 

Bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang nanti, dua pihak itu mahu membuktikan apa kah kempen masing-masing dapat diterjemahkan ke peti undi, dalam erti kata lain, benar-benar menyentuh hati penduduk Parlimen Tg Piai. 

Tg Piai yang mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri- Kukup (Umno) dan Pekan Nanas (DAP) hasil keputusan PRU-14 lalu akan ditentukan malam ini, apa kah dapat dipertahankan oleh PH menerusi calon Bersatu, atau kah dapat dirampas semula menerusi calon yang tewas pada PRU lalu-Wee Jeck seng daripada MCA yang kini bernaung dalam Muafakat Nasional. 

Rakyat negara ini mahu melihat apa kah perasaan rakyat secara umum mampu diterjemahkan oleh pengundi Tg Piai. Jika perasaan itu dapat diterjemahkan, maka ianya menjadi flatform atau penunjuk arah PRU-15. 

Bagi PH pula, jika pengundi Tg Piai memilih calon parti itu, adalah petanda bahawa pakatan 4 parti itu masih mendapat sokongan rakyat, manakala bagi calon MN pula, jika memang, membawa erti, bahawa Muafakat Nasional merupakan flatform bagi rakyat berdepan dengan PRU-15. 

Di Semenanjung, keputusan PRK kali ini, membawa mesej yang jelas, pihak mana yang menang adalah penanda aras kepada kecenderungan rakyat pada PRU-15.

Selama kempen, semua pemimpin utama kedua belah telah hadir berkempen menggunakan pendekatan masing-masing, sehiggakan PRK ini menjadi medan laga masing-masing pihak mengetengahkan berbagai cara semata-mata untuk menarik sokongan lebih 52 ribu pengundi yang terdiri daripada 57% kaum melayu, 42% kaum cina dan selebihnya suku bangsa lain termasuk kaum india.

Sama-sama kita tunggu malam ini, pihak mana yang memiliki Parlimen Tanjung Piai, kawasan di ujung Benua Asia!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808