KEBETULAN Dato Seri Najib Razak diminta membela diri kes SRC International bertepatan dengan PRK Tg Piai.
Najib yang juga Penasihat Barisan Nasional aktif membantu kempen calon Muafakat Nasional daripada MCA Dato Dr Wee Jeck Seng.
Sehingga semalam sambuatan terhadap kempen MN masih dihadapan berbanding kempen PH yang mengetengah calon daripada Bersatu- Karmaine Sardini.
Penulis sebelum ini, pernah menulis walaupun pada minggu pertama kempen PH ketinggalan akan tetapi akan mendapat suntikan keputusan mahkamah berkaitan kes SRC International, yang bakal digunakan tentunya oleh Dato Seri Anwar pada 12 November dan 13 November oleh Tun Dr Mahathir, kerana 2 tarikh itu kedua-kedua pemimpin itu akan turun berkempen. Sejauh mana impak keputusan meminta Najib Razak membela diri terhadap pengundi Tg Piai, terpulang kepada dua pemimpin utama PH itu mengeksplotasinya.
Sejauh mana impak BOSSKU berbanding isu semasa yang melanda pengundi Tg Piai, akan diketahui pada 16 November.