HAKIKAT perlu diterima penyokong Dato Seri Anwar, bahawa PKR menjadi sebahagian daripada kerajaan hari ini, kerana Tun Dr Mahathir.
Para pemimpin PKR dan penyokongnya, kena melihat sejarah parti itu sebaik ditubuhkan pada tahun 1998, dan tidak pernah gagal menyertai pilihan raya umum, dan semasa menghapai pilihan raya, sudah mencuba bekerjasama dengan parti-parti politik termasuk PAS, namun tidak pernah mencapai kemenangan. Pencapaian tertinggi pakatan antara PKR-DAP-PAS pada PRU-12 dan 13, hanya mampu mengurangkan kuasa 2/3 Barisan Nasional, malah pada PRU-13, Anwar telah mengetuai Pakatan Rakyat (PR).
Semasa PRU-14, selain Anwar tidak bertanding kerana masih dalam penjara, Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir telah mencapai kemenangan.
Memang parti Tun Dr Mahathir, PPBM bertanding 52 kerusi parlimen dan hanya menang 13, akan tetapi impak kepada kaedah itu telah menyebabkan peralihan undi kaum melayu daripada Umno/Bn kepada PH.
Di negara ini, berasaskan komposisi kaum, hanya peralihan undi melayu sahaja yang boleh menyebabkan perubahan dalam senario politik. Tanpa peralihan pengundi kaum terbesar itu, tidak mudah sesebuah pakatan antara parti-parti untuk menang.
Para pemimpin dan penyokong PKR, kena menerima hakikat, sebagai impak Tun Dr Mahathir terhadap pengundi melayu, maka Umno kehilangan sokongan, dan berlaku lah perubahan kerajaan, julung kali berlaku sejak negara merdeka!!!.
Kepada para pemimpin dan penyokong PKR daripada kubu Anwar, kena menerima hakikat, bahawa Tun Dr Mahathir bersama-sama PPBM mempunyai pemimpin, penyokong dan pengikut. Mendesak Tun Dr Mahathir, termasuk membuat berbagai dakwaan, termasuk tuduhan, bahawa Pengerusi PPBM itu tidak akan tunai janji, bukan sahaja mengundang berbagai persepsi, akan tetapi mengundang kemarahan para pemimpin dan penyokong PPBM.
Perlu dingat, dalam politik, penuh dengan misteri, penuh kemungkinan, dan tidak pernah dijangka boleh sahaja berlaku.
Belumpun, 2 tahun Tun Dr Mahathir menjawat PM-7, PKR sudah berpecah dua, faktanya, Timbalan Presiden parti itu- Dato Azmin Ali, menyokong agar Tun Dr Mahathir perlu menjadi PM selama sepenggal.
Kepada pemimpin dan penyokong PKR kubu Anwar, jangan nanti berlaku Dikejar Tak Dapat Yang Digendong Berciciran. Jangan berulang tahun 1998, pada 31 Ogos, Tun Dr Mahathir dalam sidang akhbar menyatakan Dato Seri Anwar Ibrahim bakal menggantikan beliau selepas sukan Komonwel, akan tetapi apa yang berlaku 3 hari kemudian DSAI dipecat daripada TPM dan juga UMNO.