Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

RAKYAT MISKIN DALAM NEGARA BAKAL BERTAMBAH!!!

$
0
0
PERBALAHAN perdagangan antara Amerika dan China, dikambinghitamkan sebagai punca menguncupnya ekonomi negara.

Sudah mendekati 2 tahun, eksport dan import Malaysia menurun. Demikian juga hampir 2 tahun, nilai wang negara terhadap dollar amerika terus menguncup. Hampir dua tahun kemerosotan bursa Malaysia, malah bursa terburuk di rantau ini. 

Bursa atau pasaran saham adalah sumber aliran kewangan bagi syarikat-syarikat untuk berkembang. Oleh kerana bursa tidak naik-naik hampir 2 tahun, maka likuiditi bagi syarikat-syarikat yang menyeraikan saham di bursa saham, tidak mendapat pulangan. Belum lagi kerugian pemegang unit amanah, yang terus mengalami kerugian, sebagai impak, pelaburan kepada saham-saham syarikat yang tersenarai di bursa saham, tidak pulih-pulih.

Kemerosotan indeks bursa saham, secara langsung mempengaruhi pendapatan golongan M40. Oleh kerana pendapatan kumpulan ini terus berkurangan, maka mereka akan memasuki kumpulan B40 (golongan B40 adalah kumpulan yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Kerana ekonomi negara terus menguncup, akibat berkurangnya eksport, ditambah dengan menjunamnya harga komoditi seperti kelapa sawit, maka pendapatan negara akan terus merudum, pada gilirannya pendapatan rakyat yang terlibat dengan komoditi kelapa sawit juga akan terus menurun.

Jumlah pendapatan rakyat khususnya yang berada pada kumpulan B40 dan kini jumlahnya bakal bertambah kerana downgrade M40, maka kadar kemiskinan dalam negara akan meningkat. Rakyat yang berada pada garis kemiskinan, akan terhimpit dengan kuatnya, kerana terpaksa berdepan dengan kadar sara hidup yang terus meningkat.

Sungguh malang bagi negara, kerana ketiadaan menteri yang mampu melonjakan ekonomi negara. 

Sepatutnya kerajaan hari ini, melantik seseorang yang mempunyai kepakaran dalam segi ekonomi dan kewangan, tidak semesetinya ahli politik atau wakil rakyat, untuk membantu kerajaan memulihkan ekonomi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808