Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SABAH- ADA MESEJ TERSIRAT??

$
0
0
APA yang cuba ditunjukan oleh pihak penganjur Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah tahun 2019, apabila jemputaan kenamaan berpakaian serba hitam? 

Memakai serba hitam, sebenarnya tidak membawa erti apa-apa, kecuali dihubungkan dengan kebiasaan, di Amerika Latin, apabila berduka, maka mereka menggunakan pakaian serba hitam.

Berpakaian serba hitam, kemudiannya diadaptasi di negara kita, bahawa sipemakai menggambarkan turut berduka, apabila ziarah pada keluarga yang kehilangan keluarga.

Jika dihubungkan dengan kebiasaan itu, maka Sambutan Hari Kebangsaan Sabah tahun 2019 yang mana jemputaan kenamaan termasuk TYT dan Ketua Menteri memakai serba hitam, maka mahu menggmabarkan belasungkawa atau turut berdukacita. 

Hari kebangsaan atau hari kemerdekaan adalah hari bermulanya penamatan penjajahan, yang membawa erti kebebasan. Apa kah kebebasan perlu diberikan simpati? atau yang dimerdekakan merasa dukacita?

Penulis tertanya-tanya, apa kah mesej yang mahu dihantar oleh pihak penganjur?

Sambuatan Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah tahun 2019 dicemari dengan kenyataan politik oleh pengerusi penganjur, dengan mendakwa, bahawa tiada seorang wakil rakyat daripada PPBM (Bersatu Sabah), turut hadir, meskipun telah dijemput, sedangkan hakikatnya, "tiada" jemputan seumpama itu.

Para pemimpin PPBM Sabah, cuba meredakan keadaan, dengan mengandaikan bahawa mungkin jemputan telah dihantar, tetapi belum diterima, atau jemputan lambat sampai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808