Tun Dr Mahathir Mohammad menulis pada blog beliau chedet.cc bertajuk VIDEO LUCAH.
Secara Kebetulan semasa artikel singkat Tun itu disiarkan, Setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar ibrahim Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dibebaskan daripada tahanan reman.
Sebaik Farhash dibebaskan, didepan penyokong, beliau melaungkan 'Azmin Semburit", diikuti laungan Reformasi dan Anwar For PM!!!
Jika ditafsirkan, memang sah, kenyataan Tun dalam arikel beliau, bahawa video lucah tersebut bertujuan politik untuk menjatuhkan Azmin Ali. Namun, PM-7 itu dengan tegas tidak mahu terperangkap dengan permainan tersebut, sehinggakan beliau menulis, pelakuan dalam video tersebut bukan masalah moral akan tetapi masalah politik. Atas sebab video lucah itu masalah politik, maka diselesaikan secara politik.
Persoalannya sekarang, apa kah siasatan yang dijalankan oleh pihak polis berhubungan dengan video lucah itu menganggap rakaman itu adalah masalah politik? Untuk sementara memang tanda-tanda itu kenampakan, kerana kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang berlapis-lapis mengenai video tersebut.
Tindakan polis mencari dalang dan penyebar kepada video lucah tersebut, walaupun secara tidak langsung menganggap video lucah itu adalah masalah politik, namun tanda-tanda tindakan mengarah itu sangat jelas.
Senario video lucah, bukan sahaja mengaibkan Parti PKR, akan tetapi, ianya mengarah kepada perpecahan parti tersebut, sehinggakan muncul cerita baharu, bahawa kumpulan Azmin akan keluar dan bakal menyertai Parti Gerakan atau parti lain dalam PH, kebarangkalian parti PPBM (Bersatu).
Nampaknya, berasaskan perkembangan terkini, TIDAK MUDAH bagi Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan PM kepada DS Anwar!!!