TERMINAL KK Sentral yang berkos RM54juta yang dibina bersebelahan Centre Point Kota Kinabalu, merupakan satu lagi perancangan Kerajaan Sabah yang lalu sebagai pemudah cara memperlancar sistem pengakutan negeri, khususnya daripada Selatan Sabah ke Bandar Raya Kota Kinabalu dan sebaliknya.
Terminal pengakutan ini, merupakan terminal terpusat pertama dibina di Sabah.
Terminal yang dilancarkan pada 20 Julai lalu, sebenarnya telah siap sepenuhnya pada tahun 2017, namun pelancaran tertangguh kerana berlakunya pertukaran kerajaan negeri.
Terminal yang dilancarkan itu adalah salah satu daripada empat terminal bas bersepadu yang dirancang dibawah Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandaraya Kota Kinabalu.
Terminal tersebut selain sebagai pusat berkumpul semua penumpang dan bas-bas pengakutan, juga disediakan berbagai aktiviti ekonomi seperti gerai-gerai jualan.
Terminal seumpama ini, sebenarnya sebahagian daripada faktor pendokong kepada pencapaian HALATUJU pembangunan & kemajuan Negeri Sabah yang diilhamkan oleh Tan Sri Musa sebagai sahaja dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada tahun 2003.
HALATUJU Sabah sebenarnya satu platform Sabah menjadi Negeri Maju menjelang tahun 2025.
Menerusi HALATUJU, bukan sahaja Sabah membangun & maju, akan tetapi masa itu, keluasan hutan Sabah akan menjadi 30% daripada land Mass Sabah.
Apa yang diharapkan oleh seorang pemimpin yang mendapat gelaran BAPA PEMBANGUNAN MODEN SABAH, kerajaan yang mengambil alih meneruskan semua perancangan, agar matlamat utama HALATUJU dapat direalisasikan demi generasi akan datang.