Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

NASIB AZMIN-HANYA MENGHITUNG HARI

$
0
0
KEPUTUSAN politik, kadangkala mudah diramal, kadangkala sebaliknya. Namun, isu yang menyelubungi Datuk Azmin Ali, ibarat kata pepatah, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

Desakan Shamsul Akin, supaya Azmin bercuti daripada jawatan, sementara menunggu siasatan, walaupun bersifat sindirian, memberi gambaran, bahawa kepimpinan PKR menjauhi Timbalan Presiden parti itu.

Kenyataan Ketua Polis Negara, bahawa siasatan mengarah kepada dalang dan penyebar video semburit yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut, membawa persepsi, bahawa pasangan Haziq Aziz Abullah sudah "diketahui", dan sebab itu lah Haziq disiasat menggunakan Seksyen Akta Jenayah 377B- perlakuan seks luar tabii sejenis secara suka sama suka.

Anggapan kini jelas, walaupun tiada sesiapa yang mengakui bahawa pasangan Haziq adalah Azmin, namun melalui kenyataan pihak yang menyiasat, biar mahkamah menamakan pasangan Haziq, persepsi orang ramai, bahawa selain rakaman semburit itu tulen, dan berikutnya pasangan Haziq sudah diketahui.

Dalam isu video semburit itu, memang seksyen 292 kanun keseksaan digunapakai bersama dengan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, namun hukuman seksyen-seksyen tidaklah berat berbanding hukuman dalam seksyen 377B.

Melihat kepada senario yang dihadapi Azmin, nampak gayanya Azmin semakin disisikan oleh parti beliau sendiri, tidak seperti mana, apabila Datuk Seri Anwar menghadapi isu yang sama suatu masa yang lalu.

Di kalangan kepimpinan PKR, hanya Zuraida Kamruddin yang masih beria-ia menyebelahi MP Gombak tersebut, manakala di luar parti itu, adalah Penyelaras PPBM Parlimen Jasin-Datuk Khairuddin Abu Hassan. Manakala Datuk Seri Anwar, walaupun secara tidak langsung senang hati, agar Azmin disahkan sebagai pasangan Haziq, apabila beliau membuat kenyataan- bahawa rakyat mahu mengetahui apa kah rakaman video lucah itu tulen atau sebaliknya dan mengenal pasti dalang perakam dan penyebar.

Melihat perkembangan isu yang menyelubungi Azmin, walaupun Tun Dr Mahathir merupakan tembok teguh yang disandari anggota kabinet tersebut, tidak akan sanggup mempertahankan beliau, jika semuanya terdedah dan mengsahkan, bahawa Haziq berpasangan dengan beliau. Pendek kata- Nasib Azmin hanya menghitung hari.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808