Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PERLU KAH TUN DR MAHATHIR MELEPASKAN JAWATAN?

$
0
0
TIADA sebab memerlukan Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, walaupun sebelum PRU-14, ada persetujuan tidak bertulis, bahawa beliau akan melepaskan jawatan tersebut dalam tempoh 2 tahun kepada DS Anwar Ibrahim.

Biasanya dalam dunia demokrasi, seseorang Perdana Menteri akan melepaskan jawatan, apabila kerajaan yang dipimpinnya para wakil rakyat yang menyokong semasa pembentukan kerajaan itu menarik balik sokongan tersebut. 

Bagi kes Tun Mahathir, setakat ini, semua 139 MP samada daripada PH dan Warisan serta UPKO masih menyokong Perdana Menteri ke-7 tersebut. Lagipun, tiada suara-suara sumbang baik daripada parti mahupun para wakil rakyat di semua peringkat (MP atau ADUN).

Selepas 14 bulan memerintah negara, apa yang berlaku, para pemimpin utama parti-parti PH, bersuara, termasuk Datuk Anwar Ibrahim, agar memberi ruang dan masa secukupnya kepada PM-7 menyusun atur pemerintahan negara.

Terbaharu, kenyataan Timbalan Presiden PPBM- Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyatakan tiada tempoh masa diberikan bagi Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri, dan kenyataan itu disokong oleh Timbalan Presiden PKR- Datuk Seri Azmin Ali.

Bukan itu sahaja, Menteri Besar Kelantan, beberapa hari lalu, menyuarakan, akan terus menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Perkara tersirat daripada kenyataan itu, jika berlaku undi tidak percaya kepada PM-7 itu, MP Pas akan berpihak kepada beliau.

Undi tidak percaya, hanya akan berjaya, jika yang membuat usul itu, mendapat sokongan 112 daripada 222 ahli Dewan Rakyat.

Kalau lah diadakan, referendum, meminta rakyat negara ini, membuat keputusan apa kah Tun Dr Mahathir perlu meneruskan jawatan selama sepanggal, penulis yakin rakyat akan menyokong referndum tersebut, kerana pemerintahan seseorang Perdana Menteri, perlulah dinilai dalam masa sepenggal, bukan sebahagian daripada penggal tersebut.

Tun Dr Mahathir telah memulakan BABAK BARU dalam pemerintahan negara, perlu lah beliau diberikan masa sepenggal, menyusun atur kerajaan yang beliau mulakan, supaya rakyat pada PRU-15 dapat menilai, pihak mana yang diberi mandat pula!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808