JIKA RUU menambah bilangan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Sabah daripada 60 kepada 73 dibentangkan padaa sesi parlimen kali ini, maka pada PRU-15, bilangan kerusi itu bakal digunapakai.
Pada 9 Ogos 2016, Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan pindaan kepada Perkara 14 (2) perlembagaan negeri, untuk menambah 13 kerusi DUN.
Suruhanjaya Pilihan Raya kemudian mengemukakan cadangan 13 kerusi negeri tambahan Sabah itu kepada Perdana Menteri Najib Razak, yang tidak membentangkannya di Parlimen.
Adalah dilaporkan pada Disember 2018 bahawa Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal mengemukakan perkara itu semula kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan perdana menteri.
RUU itu akan menyaksikan tambahan enam kerusi majoriti penduduk Islam, dua kerusi majoriti Bumiputera bukan Islam dan satu kerusi majoriti Cina. Empat lagi adalah kerusi campuran.
Kerusi majoriti pengundi Islam itu adalah Pintasan (di bawah Parlimen Kota Belud), Tanjung Dumpil (Putatan), Pantai Dalit (Tuaran), Sungai Manila (Libaran), Lamag (Kinabatangan) dan Kukusan (Kalabakan).
Dua kerusi majoriti Bumiputera bukan Islam itu pula adalah Dambai (Papar) dan Tulid (Pensiangan). Empat kerusi campuran berkenaan adalah Bengkoka (Kudat), Darau (Sepanggar), Telupid (Beluran) dan Mengaris (Kota Marudu).
Kerusi tunggal majoriti Cina yang dicadangkan adalah di Segama di Silam.
Dengan adanya pertambahan kerusi Dun Sabah, maka komposisi berasaskan kaum Islam bumiputera-36, bumiputera bukan islam-22, kaum cina-9 dan campuran-6.