TAN SRI Musa Aman terpaksa memilih membersihkan nama dahulu sehinggakan untuk sementara menangguhkan aktiviti politik.
Mantan Ketua Menteri terlama Sabah itu, hampir setahun tidak muncul dikhalayak ramai kecuali pada 2 Jun, 2019 di rumah kediaman beliau di Sandakan menerusi acara Berbuka Puasa & Silaturahim dengan penyokong beliau.
Selepas PRU-14, Musa pada awalnya berdepan dengan kemelut Ketua Menteri Sabah, apabila beliau disingkirkan daripada jawatan menerusi rampasan kuasa secara aman.
Musa, ibarat kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kehilangan jawatan bukan cara demokrasi, malah dihadapkan ke mahkamah dengan berbagai tuduhan.
Adalah lumrah, apabila seseorang pemimpin yang mempunyai pengaruh dan dianggap boleh mengancam kepimpinan kerajaan off the day, maka akan dituduh dengan berbagai tuduhan semata-mata untuk memalit imej buruk kepada pemimpin tersebut.
Walaupun hampir setahun tidak muncul didepan umum, namun kepimpinan Musa sangat dirindui, setidak-tidaknya oleh penyokong dan pengundi beliau di Dun Sungai Sibuga yang beliau wakili sejak 6 penggal.
Pada 2 Jun, setiba beliau di Lapangan Terbang Sandakan, beliau disambut ribuan penyokong beliau, walaupun kepulangan beliau tidak diuar-uarkan, melainkan hanya menerusi pesanan ringkas antara para penyokong beliau. Demikian juga, majlis berbuka Puasa & silaturahim beliau pada petang itu dihadiri ribuan penyokong beliau daripada segenap lapisan tua dan muda.
Suasana perjumpaan itu, sangat terbayang dikalangan yang hadir, betapa mereka merindui kepimpinan mantan Ketua Menteri tersebut.
Sebenarnya kebangkitan seseorang pemimpin yang disukai rakyat hanya masa dan ketika sahaja menentukannya. Rakyat negara ini tidak pernah terbayangkan, bahawa Tun Dr Mahathir akan menerajui negara semula, selepas 15 tahun besara. Demikian juga Tan Sri Musa, kebangkitan beliau bergantung kepada masa dan ketika.
Rakyat kena yakin, apapun tindakan manusia untuk membendung kebangkitan seseorang pemimpin yang sangat berjasa kepada rakyat dan negeri, doa rakyat majoriti akan dikabulkan oleh Allah SWT.
Kepimpinan Musa akan dikenang sepanjang zaman oleh rakyat Sabah, kerana menerusi kepimpinan beliau selama 15 tahun, rakyat dan negeri telah dimartabatkan.