Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

ZIARAH RAMADHAN MUSA-RUMAH ANAK YATIM AS SAKINAH TAMAN LOKAWI

$
0
0
TS Musa dan Sdr Saman Ongki
RUMAH ANAK YATIM AS SAKINAH Taman Lokawi yang diasaskan oleh Saudara Saman Ongki, 7 tahun lalu, kini menampung 34 anak-anak yatim.

Menurut Saman, RAY itu telah mendapat perhatian khas daripada Tan Sri Musa Aman sejak rumah itu mula didirikan, malah perhatian ADUN Sungai Sibuga itu beterusan walaupun bukan lagi Ketua Menteri Sabah.

Semalam, Musa sempat berziarah di rumah tersebut, selepas menunaikan solat tarawih di sebuah Masjid di Kapayan.

Mantan Ketua Menteri Sabah itu berada di rumah anak-anak yatim tersebut selama sejam. Kedatangan beliau disambut sendiri oleh pengasas rumah tersebut. 

Pada ziarah itu, ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar turut sama.

Sempena ziarah itu, Musa turut memberikan kata-kata semangat kepada penghuni rumah tersebut, dan seterus mengucapkan tahniah kepada pengasas rumah tersebut, kerana menyahut salah satu seruhan Allah dalam Al-Quran agar uruan ke-2 dalam asnaf, iaitu anak yatim disantuni.

Musa berharap, agar ramai lagi akan mencontohi dan seterusnya membina rumah-rumah seumpama itu, kerana ianya merupakan tuntutan atau perintah Allah SWT kepada mereka yang bernasib baik.

Musa kini, lebih menumpukan masa terluang beliau berziarah ke rumah-rumah yatim, tahfiz dan madrasah, malah diperhebat lagi semasa bulan mulia ini.

Pada masa-masa lalu, ziarah ke tempat-tempat seumpama ini sempana bulan Ramadhan, sangat terhad, kerana jadual dipadati oleh jemputan-jemputan berbuka puasa di seluruh pelosok negeri, daripada parti-parti politik dan para pemimpin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808