APA impak PTI terhadap PRK Sandakan? Jika calon yang disokong Parti Warisan Sabah menang, bermakna pengundi Sandakan setuju dengan pendekatan Kerajaan Sabah berkaitan PTI.
Kehadiran PTI di Sabah menyebabkan pertumbuhan penduduk Sabah begitu pantas sekali. Menurut data penduduk Sabah, daripada 3.9juta penduduk, lebih 1juta adalah warga negara asing. Daripada 1juta itu dianggarkan lebih 800ribu adalah PTI.
Sandakan adalah salah satu kawasan yang mempunyai koloni PTI teramai di Sabah. Sebagai impak kepada kehadiran PTI tersebut, bandar yang dikenali suatu masa lalu sebagai "Little Hong Kong" kini telah bertukar kepada "Little Philippines".
Kehadiran ramai PTI di kawasan itu, bukan sahaja menimbulkan masalah kepada alam sekitar seperti pembuangan sampah merata tempat, malah menyebabkan aktiviti ekonomi merudum, kerana ramai peniaga memidahkan aktiviti perniagaan mereka di kawasan lain.
Kehadiran ramai PTI, adalah penyebab kawasan itu, kerap diwakili pembakang, kerana mengharapkan masalah tersebut terus dibangkitkan.
Apa kah pada PRK kali ini, pengundi Sandakan akan berpihak kepada calon pembangkang? sama-sama kita tunggu pada 11 Mei,2019.