PARLIMEN Sandakan mempunyai rekod yang unik, selain pernah dimenangi calon bebas, juga pengundi kawasan itu pada masa lalu cenderung kepada calon pembangkang, walaupun pernah juga dimenangi calon kerajaan pada PRU 1995,1999 dan 2008.
DAP menang 2 PRU terakhir sebagai parti pembangkang. Kali ini, bertanding sebagai parti dalam kerajaan.
Pembangkang menghandalkan kepada calon PBS-Datuk Linda Tsen yang disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun, berasaskan rekod, calon bebas-Chia Siew Yung juga turut mempunyai peluang.
Jika pengundi Sandakan mahu memberi isyarat kepada Kerajaan Negeri pimpinan Parti Warisan Sabah khususnya berkaitan PTI, dan kecelaruan pentadbiran Datuk Shafie Apdal, maka pegundi kawasan tersebut akan memilih calon bukan calon kerajaan.
Apa yang mahu dilihat pada PRK kali ini, sejauh mana pengundi Sandakan khasnya memprotes Kerajaan Warisan yang ditubuhkan secara pintu belakang.
Isu penolakan Pindaan Pelembagaan Persekutuan yang dijadikan isu kempen, tidak banyak impaknya terhadap pengundi kawasan itu, kerana secara umumnya, rakyat Sabah lebih cenderung kepada isu-isu tempatan.