Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK SANDAKAN: HANYA DAP DAN PBS BERSAING!!!

$
0
0
MELIHAT kepada senarai calon pada PRK Sandakan, nampaknya hanya calon DAP dan PBS saling bersaing.

Jika sebelum ini ada anggapan, bahawa PBS boleh memberi tentangan yang hebat terhadap DAP, namun kesilapan parti itu memilih calon, memunahkan harapan.

Nampaknya PBS tidak peka terhadap kecenderungan pengundi masa ini, kerana masih mempertaruhkan calon kitar semula.

Ramai beranggapan sebelum ini, jika PBS mengemukakan calon baharu yang mewakili generasi muda mempunyai potensi melakukan kejutan.

Sebenarnya, terlalu banyak isu yang boleh diketengahkan pembangkang dan kebanyakan isu itu perlu diperjuangkan di peringkat kebangksaan.

Pengundi Sabah umumnya dan Sandakan khasnya, telah tahu bagai mana kebolehan calon PBS tersebut menyuarakan kepentingan rakyat, kerana calon itu telah menjadi MP selama 2 penggal mewakili Parlimen Batu Sapi. Parlimen Sandakan bersebelahan dengan Parlimen Batu Sapi.

Pada 11 Mei, Parlimen Sandakan yang mempunyai dua kawasan DUN iaitu Tanjong Papat dan Elopura dengan jumlah 40,131 pemilih layak mengundi, termasuk 270 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara. Daripada jumlah pengundi itu, 20, 274 orang adalah wanita, manakala 19,857 lelaki.

Parlimen Sandakan diwakili DAP sejak PRU-13, apabila mendiang Stephen dipilih sebagai Ahli Parlimen Sandakan berjaya mengalahkan calon BN, Datuk Leong Vui Keong dengan majoriti 1,088 undi. Pada PRU14 lepas, mendiang Stephen berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 10,098 undi untuk mengalahkan calon BN Datuk Lim Ming Hoo. 

Walaupun di atas kertas dan persepsi bahawa DAP dengan mudah mempertahankan kawasan tersebut, namun dalam politik semua boleh berlaku. Jika pengundi kawasan itu mengambil kira kemarahan mereka selepas PRU-14, dan seterusnya memberi isyarat kepada kerajaan seperti mana berlaku di PRK Semenyih, dan terakhir di PRK Rantau, tidak mustahil, pengundi kawasan itu akan memilih calon lain, boleh sahaja mereka memilih calon bebas Chia Siew Yung, calon yang mewakili Ngo, khususnya pekebun Kelapa Sawit.

Calon bebas pernah menang pada PRU 2004, apabila mengalahkan calon Bn/Ldp dua penggal pada PRU tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808