1. Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi mendedahkan, bahawa pihak yang mahu mengulingkan DS Najib Razak, akan mempergunakan sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 19 Oktober, khususnya selepas Perdana Menteri membentangkan bajet Tahun 2016.
2. Menurut Zahid, Tokoh Umno tersebut (belum didedahkan) akan menggunakan POINT OF ODER kepada Speaker Dewan Rakyat dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai majoriti mudah 125 wakil rakyat. Kerajaan yang dipimpin DS Najib akan tumbang jika terdapat 112 wakil rakyat mengundi tidak percaya kepada beliau.
3. Dikatakan selain 87 ahli parlimen yang akan mengundi tidak percaya kepada DS Najib, kononnya 37 ahli parlimen BN akan turut sama. Pendedahan tersebut dibuat Zahid semasa merasmikan Persidangan Bahagian Umno Lumut pada Ahad, Walau bagaimanapun, melalui pendedahan tersebut, mantan Timbalan Perdana Menteri yang dipecat yang masih merupakan Timbalan Presiden Umno-Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan termasuk dalam kumpulan yang dimaksudkan.
4. Sehingga kini, tokoh Umno yang dikatakan berkerjasama dengan barisan MP Pembangkang bagi menggulingkan DS Najib belum didedahkan.