REMBAU: PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini secara rasminya menyaksikan persaingan empat penjuru.
Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau Mohd Nizam Tajul Arus, jam 10.30 pagi, 30 minit selepas tempoh pencalonan ditutup.
Empat calon terbabit ialah calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram dan penyandang kerusi kawasan itu yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili Barisan Nasional (BN).
Dua calon Bebas yang bertanding ialah anak jati Rantau yang juga bekas penerbit dan penyampai radio di Toronto, Kanada, R Malar, 51, dan Mohd Nor Yassin, 67.
Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tamat tempoh sejam penamaan calon tamat jam 10 pagi tadi.
DUN 27 Rantau mempunyai 20,926 undi berdaftar, dengan pecahan melayu 10,800, cina 4,100, india 5,800 dan bakinya lain-lain.
Sasaran SPR seramai 14,500 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka sempena PRK tersebut.
PRK kali ini, bukan kosong kerana kematian penyandang, akan tetapi Mahkamah pilihan raya membatalkan kemenangan tanpa tanding Datuk Seri Mohammad Haji Hassan yang juga Timbalan Presiden Umno.
DUN itu telah diwakili Bn menerusi Datuk Mohammad Haji Hassan (Tokmat) selama 3 penggal termasuk PRU-14 lalu.
Di atas kertas, Tokmat tidak menghadapi masalah mempertahankan kawasan itu, apa tah lagi dengan bantuan Pas, namun memandangkan Bn bukan lagi kerajaan termasuk di Negeri Sembilan, maka faktor itu yang menjadi kesukaran bagi beliau berhadapan dengan PRK ini.
DAP telah mengistiharkan bahawa PRK Rantau adalah IBU KEPADA SEMUA PRK selepas PRU-14, kerana PRK Rantau sebagai PENANDA ARAS bagi kerajaan Pakatan Harapan, dan seterusnya keampuhan kerjasama Bn-Pas atau Umno-Pas.
Kerjasama Umno-Pas atau Bn-Pas telah membuahkan hasil di PRK Cameron Highlands dan Semenyih, dan kemenangan pada PRK ini menurut MP Rembau- Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan kemenangan "hat trick" bagi Bn/Pas.
Jika hanya 70% pengundi bakal turun dengan melayu berjumlah 7,500, cina 3,000, india 4,000, maka calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 7,300 undi untuk menang. Melihat kepada kebarangkalian jumlah undi ini, maka untuk Tok Mat menang, maka perlu mendapat 70% undi melayu=5,250, cina 10%=300, dan india mesti di atas 44%. Melihat kepada senario ini, bagi memestikan kemenangan selesa, maka Bn/Umno perlu memastikan kaum melayu mesti turun mengundi kalau boleh sehingga 80%.
Benar lah kata Tok Mat, PRK kali ini sangat mencabar. Walaupun,berkat kerjasama Umno/Pas, kemenangan akan berpihak kepada 2 parti melayu terbesar itu.