PPBM Sabah bersedia dilancar pada 6 April,2019 di ITCC, Penampang. Majlis pelancaran bermula pada pukul 12.00 tengah hari akan dilancarkan sendiri oleh Pengerusi parti itu yang juga Perdana Menteri.
Muka buku, Hajiji Likers, turut memaparkan jemputan kepada orang ramai untuk turut sama memeriahkan majlis pelancaran itu.
Banyak mata mahu melihat apa kah pelancaran parti itu bakal mendapat sambutan. Sambutan pada hari pelancaran merupakan indikator penerimaan kepada parti itu.
Penulis tidak mendapat maklum balas daripada mana-mana pihak termasuk Jkuasa penganjur berkaitan kemaskini perangkaan kehadiran pada majlis tersebut. Namun sebelum ini, penulis pernah diberitahu bahawa penganjur mensasarkan 30ribu kehadiran.
Kehadiran PPBM di Sabah bukan sahaja tidak sambut oleh pemimpin dan ahli Umno akan tetapi juga parti Warisan Sabah.
Sebelum pelancaran parti itu di Sabah, 4 MP, 2 senator dan 8 ADUN bebas telah diterima oleh parti itu. Kedudukan mantan 21 ketua-ketuan bahagian Umno yang keluar beramai-ramai pada 12/12/2018, akan diketahui semasa pelancaran itu.
Melihat kepada senario semasa, nampaknya kehadiran parti itu di Sabah bakal berhadapan secara langsung dengan parti Umno Sabah, kerana matlamat parti pimpinan Tun Dr Mahathir itu adalah untuk menerima ahli-ahli parti bukan anggota PH atau PWS.
Para pemimpin Umno serta ahlinya, akan terus mempergunakan pendekatan pembunuhan karakter terhadap mereka yang meninggalkan parti itu, untuk menghalang rakyat menyokong.
Apa kah parti yang dilancarkan di Sabah pada 6 April itu dapat bersaing dengan parti-parti lain khususnya Umno dan PWS daripada segi sokongan, akan bergantung kepada barisan pemimpin yang bakal menahkodai parti itu di Sabah.
Sebenarnya terlalu awal untuk menilai arah dan kecenderungan pengundi Sabah, kerana kerajaan baharu sahaja berganti.