MESKIPUN YB Jenifer Lasimbang hanya ADUN Moyog daripada Parti Warisan Sabah yang juga merangkap Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi, posting beliau menerusi FB ini (meskipun telah dipadamkan), menunjukkan bahawa Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan telah gagal memerintah Sabah.
Bayangkan seorang pembantu menteri kepada jemaah menteri Sabah dan juga seorang wakil rakyat boleh mengeluh, bayangkan apa yang dirasakan oleh rakyat. Kata peribahasa betapa berat memandang berat lagi bahu memikul.
Hakikat yang perlu diakui selepas Kerajaan Warisan Sabah menerajui kerajaan Sabah hampir setahun, kerajaan yang diketuai Datuk Shafie Apdal tiada hala tuju yang jelas, tiada perancangan yang jelas dalam semua segi, termasuk lah dalam perekonomian.
Apa yang dirasai rakyat Sabah, mereka bagaikan tikus membaiki labu, semua rosak binasa.
Sungguh pelik Kerajaan yang diterajui Shafie, mengapa kah tidak mampu mencadangkan hala tuju kerajaan, khususnya dalam perekonomian?