PM New Zaeland |
BAYANGKAN sebuah negara, seperti New Zealand, islam bukanpun merupakan agama rasmi, akan tetapi hanya agama yang dianuti minoriti rakyat negara itu lebih mengertai berkaitan agama islam.
Sementara pemimpin negara itu termasuk Perdana Menterinya berdukacita, kerana serangan seeorang rakyat Australia pada Jumaat lalu yang mana menurut PM itu, beliau tidak mahu menyebutnya, meminta semua rakyat negara itu jangan menyebut nama pembunuh itu, namun di negara kita ada wakil rakyat daripada parti tertentu membuat kesimpulan mudah, kononnya serangan itu, akibat perpaduan umat islam.
Wakil rakyat negara ini daripada parti tertentu itu, seharusnya lebih faham berkaitan islam, kerana agama rasmi negara ini sejak merdeka adalah islam.
Islam adalah agama perdamian. Jika ada penganut agama itu bertindak membunuh diri mereka sendiri, bukan kerana ajaran agama itu, akan tetapi tekanan kepada para individu itu, tekanan kepada agama islam oleh pihak-pihak yang anti islam, sehinggakan sebagai manusia, mereka tidak mampu lagi menghadapi tekanan itu, sehingga sanggup mengorbankan nyawa mereka sendiri.
Dalam dunia yang kita sama-sama duduki sekarang, tidak terdapatnya mana-mana agama yang begitu ditekan sekali selain agama islam. Di Myanmar, di Palestine, di negara cina, di Bosnia, penganut agama islam dibunuh, disembelih, dipenjara. Namun tidak terdengar mereka yang menganut agama lain mendapat perlakuan sedemikian rupa, kecuali tindakan persendirian atau individu yang beragama islam, yang kehilangan kesabaran daripada penderitaan yang dialami.
Sepatutnya, apa yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern para wakil rakyat atau pemimpin negara ini yang bukan islam menjadikan tindakan PM New Zaeland itu sebagai pengajaran dan panduan.
Sepatutnya mereka ini, cukup malu, kerana berada dalam negara yang mempunyai agama rasmi islam, tetapi gagal memahami agama itu. Islam dengan jelas, mengajar, tiada paksaan dalam beragama, kerana berpegang kepada prinsip aqidah dalam islam Bagimu agamamu, bagiku agamaku.