Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

"EQUAL PARTNER" SABAH-SARAWAK-SEMENANJUNG- MALAYSIA BAKAL BERPECAH?

$
0
0
PENGERTIAN "equal partner" antara Sabah-Sarawak-Semenanjung, jika tidak diperhalusi dengan betul, akan membawa lebih banyak keburukan kepada negara, malah boleh menyebabkan negara berpecah.

Ambil contoh, Bajet Negara. Bajet tahun 2019 berjumlah RM280bilion. Jika menggunakan pendekatan "equal partner" maka, jumlah bajet itu perlu dibahagi 3. Jika tidak demikian, maka pengrtian "equal partner" itu tidak mencapai matlamat.

Demikian juga jumlah kawasan parlimen. Apa kah maksud "equal parner" membawa pengertian bahawa Sabah-Sarawak-Semenanjung mempunyai jumlah kawasan parlimen yang sama? Pada masa ini, jumlah kawasan parlimen adalah 222- 165 di Semenanjung, 31 Sarawak dan 26 bagi Sabah termasuk WP Labuan. Jika menurut takrifan "equal partner" maka jumlah kawasan parlimen perlu lah sama banyak.

Apa yang cuba ditonjolkan menerusi "equal partner" itu? sedangkan perkara pokok, adalah mengelak pertindihan kuasa antara Persekutuan dan Sabah serta Sarawak.

Perkara pokok dalam MA63 adalah berkaitan imigresion, sumber tanah, sempadan (termasuk continental shelf) dan hasil bumi. Bagi menghormati MA63, maka 4 perkara ini lah yang perlu dilihat, agar tidak berlaku pertindihan kuasa.

Mengubah Seksyen 1(2) Perlembagaan tidak membawa apa-apa erti, malah di masa depan lebih banyak membawa keburukan. Keburukan yang pasti adalah berkaitan bajet atau peruntukan. Tiada sesiapa yang boleh menghalang rakyat Sabah dan Sarawak akan bercakap mengenainya, apabila mereka kembali kepada pengertian "equal partner". Demikian juga komposisi kabinet persekutuan, jika menggunapakai "equal parner" maka komposisi kabinet juga perlu sama, belum lagi bercakap berkaitan duta-duta ke negara asing, komposisi mereka yang dilantik pada jawatan-jawatan awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Isu yang paling dekat kepada rakyat Sabah dan Sarawak adalah berkaitan cukai petrolium. Pada masa ini Persekutuan mengenakan 38% cukai petrolium kepada Petronas dan pada masa yang sama, Petronas hanya membayar 5% kepada Sabah dan Sarawak. Sarawak telah menlaksanakan tambahan 5%, ertinya negeri itu bakal mendapat 10%, sementara Sabah belum lagi membuat keputusan berkaitan cukai petrolium, kerana bajet Sabah bagi tahun 2019, masih pada kadar 5%.

Melihat kepada komposisi penduduk antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, pendekatan "equal partner" boleh menimbulkan kecemburuan khususnya bagi rakyat Semenanjung. Jika lah kerajaan menggunakan pendekatan "equal partner" sanggup kah rakyat Semenanjung hanya menerima RM93bilion bagi Bajet tahun 2019? kerana bajet untuk Sarawak akan menjadi RM93bilion daripada RM4bilion, manakala Sabah juga menerima RM93bilion daripada RM5bilion?

Jika rakyat Semenanjung tidak bersedia menerima jumlah bajet tersebut? apa makna "equal partner"

Bagi penulis, apa yang sepatutnya dilaksanakan, adalah PENURUNAN KUASA kepada Sabah dan Sarawak sepenuhnya berkaitan 4 isu pertama yang penulis sebutkan-iaitu kuasa imigresion, sumber tanah, sempadan dan Hasil bumi bagi Sabah dan Sarawak hendaklah sepenuhnya ditangan kerajaan Sabah dan Sarawak. Menerusi kuasa-kuasa ini, maka tidak akan timbul perbalahan atau cemburu antara 3 wilayah, kerana masing-masing mengatur diri masing-masing. Apabila kaedah ini dilaksanakan, maka Persekutuan Malaysia menentapkan sumbangan Semenanjung, Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan, supaya persekutuan dapat mengurus soal-soal pendidikan, kesihatan, pertahanan, duta-duta ke negara asing dan sebagainya. Bagi penulis, perakara PENURUNAN KUASA LAH yang paling mustahak, bukannya retorik "equal partner". Fikir-Fikirkan lah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808