Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

UMNO-PAS-PPBM: DALAM POLITIK TIADA YANG MUSTAHIL!!!

$
0
0
Presiden PAS- Datuk Seri Haji Hadi Awang, dengan jelas menyatakan, parti Pas bukan sahaja bekerjasama dengan Umno akan tetapi PPBM juga. 

Jikalah kenyataan Haji Hadi itu menjadi kenyataan, maka menerusinya, mengembalikan pemerintahan kaum melayu di tanah airnya sendiri, tanpa melibatkan pihak lain.

Diharapkan menerusi kenyataan itu, kaum melayu menjadikannya panduan, sebagai faktor kekuatan, untuk bersatu semula, kerana terlihat sekali menerusi perpecahan kaum terbesar negara itu, diambil peluang oleh pihak lain, menjadikan kaum melayu melutut di tanah airnya sendiri.

Semua pihak dalam Umno, Pas dan PPBM, perlu menghayati mukadimah yang diutarakan Presiden Pas itu, kerana itulah sebaik-baiknya jalan untuk memelihara kerharmonian dalam negara.

Jika ada yang curiga kepada kenyataan Tok Guru Hadi itu, sebenarnya hanya anggapan, kerana kaum melayu adalah kaum yang penuh dengan toleransi, yang berprinsif, agama mu, agama mu, agama ku agama ku, juga kesanggupan kaum melayu setuju terima konsep jus soli selepas kemerdekaan terhadap kaum-kaum lain yang di bawah masuk penjajah ke tanah melayu, memperlihatkan keikhlasan dan tingginya toleransi kaum melayu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808