Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KEKALAHAN PH PADA 2 PRK TERAKHIR-BUKTI PENGUNDI BUKAN UNEDUCATED!!!

$
0
0
DUA isu utama pada PRU-14 yang dibawa PH , "selamatkan Malaysia" dan "memerintah lebih baik" telah mendorong rakyat negara mencuba kerajaan baharu. Namun, selepas 10 bulan, moto "selamatkan Malaysia" dan "memerintah lebih baik" tidak kunjung datang, melainkan setiap hari mantara yang dibaca menyalahkan Dato Seri Najib Razak dan kerajaan lalu, sebagai faktor penghalang melaksanakan dua tujuan itu.

Bagi rakyat yang berfikiran rasional, jika seseorang mengaku lebih baik maka tunjukkan kelebihan itu, bukannya seperti mengaku pandai menari, apabila diminta menari, menyalahkan lantai yang bengang bengkok, sebab itu tidak boleh menunjukkan tarian yang lebih baik.

Keputusan pengundi di Cameron Highlands dan Semenyih, menunjukkan, bahawa pengundi di negara ini bukan uneducated seperti mana gambaran sebelum ini. Gambaran Azmin Ali, bahawa pengundi Cameron Highlands tidak bijak, juga ditolak di Semenyih. Dua PRK terakhir menunjukkan rakyat mengundi menggunakan pilihan yang ada di tangan mereka. 

Keputusan dua PRK terakhir jangan menuding kepada perkauman dan agama, kerana kaum majoriti tahu benar, mana intan dan mana kaca.

Pengalaman kaum majoriti di negara ini selama lebih 60 tahun, telah menjadi panduan mereka pada 2 PRK terakhir. Mereka, tidak mengubah arah pada 4 PRK sebelumnya, kerana mereka masih berfikir, takkan kahwin hari ini terus mendapat anak. Mereka memberi peluang berbulan madu, selama lebih 9 bulan, dan akhirnya mereka membuat keputusan, bahawa kerajaan yang mereka harapkan, bagaikan kera mendapat bunga, harapan mereka mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit ( selamatkan Malaysia dan memerintah lebih baik) hanya igauan.

Perasaan pengundi di Cameron Highlands dan Semenyih, sebenarnya dirasai di seluruh negara. Rakyat mula tersedar, bahawa kerajaan hari ini, tiada kemampuan memerintah negara, malah terlalu jauh dibanding dengan kerajaan lalu.

Dalam tempoh 4 tahun sebelum PRU-15, adalah peluang bagi kerajaan hari ini menunjukkan, bahawa slogan "selamatkan Malaysia" dan "memerintah lebih baik" perlu ditunjukkan, dan perlu mengelak menyalahkan kerajaan dahulu sebagai mantra untuk mencapai tujuan itu.

Apa yang didapat rakyat semasa kerajaan dahulu bukan sahaja perlu disaingi, malah perlu ditambah, bagi membuktikan, bahawa pemerintahan kerajaan hari ini lebih baik.

Jika kerajaan hari ini, gagal melebihi apa yang rakyat nikmati daripada kerajaan dahulu, maka, jangan harap boleh mempertahankan kerajaan pada PRU-15. Kerajaan hari ini, jangan terpaku pada anggapan, bahawa pengundi uneducated, sebab itu kononnya mudah dipengaruhi fitnah dan pembohongan, kerana menurut hemat penulis, rakyat memilih pada PRU-14, bukan kerana isu-isu yang meyelebungi pemimpin tertentu pada kerajaan dahulu, akan tetapi rakyat sangat terkesan dengan dua slogan yang disebutkan.

Di Sabah pula, rakyat memilih pada PRU lalu, berasaskan kepada dua slogan "Sabah Ubah" dan "Sabah for Sabahan", sebab itu, rakyat pejam mata, tidak mempertimbangkan merit calon, melainkan hentam sahaja, janji Sabah Ubah!!!. Selepas mengubah kerajaan, baru rakyat tersedar, yang diubah itu adalah lifestyle para individu, daripada pejalan kaki, kini, menunggangkan kereta mewah seperti Audi, BMW X-6, Porsche Cayenne dan sebagainya, malah ada menteri meminta laluan lif sendiri bersadurkan karpet.

Penulis menyaksikan sendiri, seorang teman, bertahun-tahun hidup seperti biasa, namun selepas menjadi macai seorang menteri PWS, lifestyle teman itu berubah 360 degree, kini bagaikan Adnan khashoggi, hartawan Arab Saudi suatu masa yang lama berlalu, main slot-machine, bukan ratus-ratus tetapi berkilo-kilo. Bagi penulis, selepas kerajaan Sabah berubah, maka lifestyle para penyokong atau pemimpin yang berubah, bukan kehidupan rakyat secara umum yang berubah, kerana sara hidup, peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi, tiada yang berubah, malah semakin meruncing.

Penulis tertarik dengan kenyataan Syed Saddiq Abdul Rahman, Ketua Armada PPBM, jika kami gagal, maka tolak kami pada PRU akan datang. Kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu, boleh jadi kenyataan, jika kerajaan hari ini, TIDAK CEPAT BERTINDAK, sempurnakan SLOGAN Selamatkan Malaysia dan Memerintah Lebih Baik!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808