DI ATAS KERTAS, sepatutnya, PH tiada masalah mempertahankan Dun Semenyih, atas sebab pada PRU-14, 10 bulan lalu, calon parti itu menang majoriti lebih 8ribu undi. Pada PRU-14, jikapun undi Bn dan Pas dijumlahkan, calon PH masih menang dengan majoriti lebih 1,600. Namun, pada PRK kali ini, tiada pihak daripada PH menaruh keyakinan bakal mempertahankan kerusi itu.
Sementera masa kempen masuk ke fasa terakhir, dikhabarkan, Bn mendapat sokongan hampir 60% daripada pengundi. Keboleh percayaan kepada peratusan itu, kerana kemahiran jentera Bn dan Pas mengkuantitaifkan sokongan tidak boleh dipertikaikan, kerana dua parti itu sudah berpengalaman puluhan tahun, malah telah melalui 14 kali pilihan raya umum.
Faktor yang boleh menghalang kemenangan calon Bn, jika faktor selesa mengahantui jentera Bn dan Pas, sehinggakan mengendurkan intesitas kempen. Jika jentera kempen dua parti itu beterusan sehingga 11.59 malam 1 Mac, dan berjaga-jaga semasa pembuangan undi daripada pukul 8 pagi hingga 5.30 petang 2 Mac, maka tiada yang boleh menghalang kemenangan Bn.
Pada PRK kali ini, apa kah peratusan yang turun mengundi tinggi atau rendah, bukan lagi faktor penentu parti mana yang menang, kerana pengundi Semenyih sebenarnya rata-rata menganggap bahawa PRK kali ini merupakan refendum kepada PH, kerana gagal menunaikan janji-janji yang mereka taburkan semasa PRU-14.
Pengundi bukan hanya melihat faktor manifesto sahaja, akan tetapi pengundi melihat bagai mana bercelarunya pemerintahan kerajaan masa ini, khususnya yang berkaitan dengan kaum melayu, agama islam dan institusi raja-raja melayu.
PRK Semenyih merupakan kesinambungan kepada PRK Cameron Highlands, bagai mana kerjasama antara Bn dan Pas semakin hari semakin mantap, demi ABATA.