ADUN Kemabong- Jamawi Jaafar, hanya keluar daripada parti "pecah dan perintah" pada 11 Mei,2018, kerana sejak pengelibatan beliau dalam politik bermula dengan parti yang beliau dakwa sebagai parti "pecah dan perintah".
Jamawi adalah salah seorang ADUN Umno (masa PRU-14 adalah calon Bn) yang lompat parti yang menyebabkan Kerajaan Bn dan STAR Sabah tumbang.
Jamawi adalah pilihan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mewakili pemuda dalam PRU-14.
Di ambang pemilihan calon bagi Umno Sabah pada PRU-14, memang ramai pemimpin Sabah "curiga" dengan pemilihan Jamawi sebagai calon kerana dikhuathirkan akan berpaling tadah, kerana sejarah hubungan beliau dengan Datuk Shafie Apdal. Namun, kerana atas desakan pemuda umno, maka kepimpinan Umno Sabah tiada pilihan, melainkan mencalonkan beliau di DUN Kemabong bagi mengambil tempat Datuk Rubin Balang, manakala Rubin pula terpaksa mengenepikan calon popular- Datuk Raime Unggi, ahli Parlimen bagi Tenom tahun 2013-2018.
Seperti mana keputusan PRU-14, Parlimen Tenom untuk pertama kalinya ditawan calon DAP, kerana berlakunya protes dikalangan pengundi.
Kenyataan Jamawi bahawa kemasukkan PPBM ke Sabah adalah sebahagian tindakan "pecah dan perintah" bagi melemahkan kepimpinan negeri, dan seterusnya membantutkan kemajuan dan pembangunan negeri, sebenar tidak mempunyai asas yang kuat, kerana jelas terbukti, bermula daripada tahun 1994-2018, kestabilan politik, kemajuan dan pembangunan Sabah berjalan dengan lancar sekali, malah ramai pemimpin Sabah dilantik di peringkat Persekutuan baik sebagai menteri, timbalan menteri, speaker, timbalan speaker, pengerusi GLC persekutuan, malah ramai rakyat Sabah dilantik di jabatan-jabatan persekutuan, termasuk Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan beberapa orang sebagai ketua-ketua jabatan, seperti pengarah.
Dakwaan Jamawi, bahawa kehadiran PPBM sebagi agen "pecah dan belah" tidak berpijak dibumi nyata, kerana DAP dan PKR serta Amanah, serupa juga dengan PPBM yang berasal daripada luar Sabah.
Tindakan Jamawi hanya berupa menghalalkan bantahan terhadap kemasukkan PPBM, bukannya bermatlamat penstabilan politik, bukannya bertujuan memajukan dan membangunkan Sabah dan rakyatnya.
Niat sebenar ADUN Kemabong itu, semata-mata bermaksud peribadi, bukannya untuk rakyat, kerana menerusi kemasukkan PPBM, maka adanya para pemimpin yang bertindak semak dan imbang, untuk mengelak kuasa terpusat kepada segelintir pemimpin. Kuasa terpusat, boleh mendorong pembantutan kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyat, seperti mana berlaku di Sabah sebelum tahun 1994.