Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK SEMENYIH REFRENDUM PADA PAKATAN HARAPAN

$
0
0
PRK N24 Semenyih, Selangor, sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap Kerajaan PH Selangor, kerana pakatan itu mempunyai super majoriti di DUN Selangor. Namun, keputusan PRK itu mempunyai erti besar kepada rakyat negara ini, sebagai refendrum kepada kerajaan Pakatan Harapan selepas PRU-14.

Keputusan PRK itu, menggambarkan apa yang rakyat rasa, selepas memberi mandat pada PH memerintah negera.

Keputusan PRK ini boleh lah dianggap sebagai refendum kepada PH, dan seterusnya panduan kepada mana-mana parti di negara ini, supaya jangan mudah menabur janji kepada rakyat semata-mata untuk mendapat sokongan atau undi, namun selepas tujuan diperolehi, maka janji-janji dilupakan, tidak ditunaikan, dengan memberi 1001 alasan.

Rakyat perlu memberi tahu parti-parti politik, bahawa rakyat jelata bukannya arnab percubaan, untuk mencapai matlamat, akan tetapi rakyat adalah manusia yang perlu dihormati, dan perlu diberikan hak mereka setimpal dengan sokongan yang diberi.

Pada PRK kali ini menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zailani, calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul.

Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Bakhtiar mengalahkan wakil rakyat dua penggal di kawasan itu, Datuk Johan Abd Aziz daripada BN dengan 23,428 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun sebelum ini mengumumkan PRK itu akan diadakan pada 2 Mac ini manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808