Rakyat Sabah jangan keliru antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Warisan Sabah (PWS).
PPBM adalah parti khusus untuk pribumi sahaja, manakala PWS adalah parti berbilang kaum.
Dakwaan PPBM dan PWS adalah adik beradik, adalah tidak tepat, kerana asas yang berbeza.
PPBM untuk menjadi kenderaan bagi mantan-mantan ahli dan pemimpin Umno yang keluar daripada parti itu, sama dengan semasa Umno menjadi kenderaan bagi ahli dan pemimpin USNO.
Dalam pengertian demikian, tidak wajar ada sesiapa yang menghalang kemasukkan PPBM ke Sabah.
Dalam politik seharusnya tidak timbul paksaan, untuk menyertai sesebuah parti politik, kerana menyertai sesebuah parti merupakan sukarela, dan sudah tentunya yang menyertai itu mempertimbangkan asas atau perjuangan sesebuah parti yang disertai, dan tentunya sesuai dengan hala tuju masing-masing.
Dalam sejarah politik Sabah, parti berbilang kaum, tidak bertahan lama. Untuk mengwujudkan kestabilan politik yang mapan, maka perlu ada parti seperti PPBM, supaya tidak timbul lagi, isu mengenainya, seperti mana Umno, di mana ada sesetengah pihak mempolitikkan perkataan "melayu" pada parti itu.
Hakikat perlu diterima, kemajuan dan pembangunan akan terwujud apabila adanya kestabilan politik. Untuk mencapai matlamat itu, maka sepatutnya kemasukkan PPBM perlu dialu-alukan, bukannya cuba dihalang.
Baru-baru ini, sempena sambutan Tahun Cina anjuran PBS, ADUN Sulaman Datuk Hajiji Haji Noor yang merupakan mantan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah memberi tahu, bahawa PPBM akan mengembangkan sayapnya ke Sabah dalam masa terdekat.