Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

IKTIRAF BUGIS DAN JAWA BERKEPENTINGAN POLITIK

$
0
0
Cadangan memberikan Status anak negeri Sabah kepada suku bugis dan jawa, sebenarnya bertujuan politik, bagi parti Warisan Sabah. 

Parti itu mahu mendapat sokongan daripada suku kaum ini, khususnya di kawasan-kawasan yang ramai penduduk dariada suku kaum itu.

Para pemimpin islam PWS sedar, bahawa sokongan kaum KDM terhadap parti itu hanya sementara, dan akan berubah seperti mana pernah dialami Parti Berjaya. Atas kesedaran itu, maka para pemimpin islam dalam parti itu perlu mendapat sokongan rakyat yang beragama islam, selain daripada rumpun bajau, untuk kekal relevan dalam persada politik Sabah.

Sesuai dengan persempadanan pilihan raya Sabah, apabila rumpun bersatu dan bergabung dengan suku bugis dan jawa, parti yang disokong boleh membentuk kerajaan negeri tanpa sokongan KDMR dan kaum cina.

Datuk Aidi Moktar adalah salah seorang pemimpin PWS yang melihat, bahawa untuk PWS kekal relevan, maka parti itu, perlu mendapat sokongan daripada suku yang berasal daripada Indonesia itu.

Kawasan-kawasan seperti Kalabakan dan Tawau, serta Sepanggar, malah di kawasan Silam, Libaran, Keningau, Tenom dan Pensiangan, tidak sedikit penduduk yang bersuku bugis dan jawa.

Apabila sesebuah parti politik membuat pendekatan bertujuan politik, maka apapun boleh diubah, sebab itu lah dunia politik penuh dengan kemungkinan.

Mereka yang membantah, tidak akan berjaya, kerana kerajaan of the day mempunyai pertimbangan lain, dan biasanya kerajaan lah yang menang selagi menerajui tampuk pemerintahan, keculai lah semasa pilihan raya ditolak rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808