PRK Cameron Highlands, adalah pertama di kawasan yang dimenangi Bn pada PRU-14. PRK itu juga dianggap sebagai "turning point" bagi Barisan Nasional yang kini masih dianggotai 3 parti- Umno-MIC-MCA, selepas 8 komponen keluar selepas PRU-14.
Hakikat yang perlu diterima Bn bahawa senario politik semasa sudah berubah, ertinya, walaupun kawasan itu merupakan wilayah tradisi Bn tidak semestinya bakal dipertahankan. Namun, jika pada PRK kali ini, calon Bn boleh menang, maka ianya bakal menjadi "turning point" bagi Bn.
Di atas kertas, "nampaknya" Bn boleh mempertahankan kawasan, memandangkan parti PAS all-out membantu calon Bn, malah para pemimpin parti itu, berkempen habis-habisan, tiada penyokong mereka bakal memangkah calon selain calon bn.
Walaupun, pada PRU-14, calon Bn memang dengan majoriti kurang 600, tetapi, senario politik semasa sudah berubah.
Bagi penulis, kemenangan calon Bn pada PRK ini, merupakan petanda awal kepada kerajaan PH, samada mampu mempertahankan kerajaan pada PRU-15.