Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK CAMERON HIGHLANDS: "TURNING POINT" KEBANGKITAN BN?

$
0
0
PRK Cameron Highlands MENJADI tumpuan mata setiap peminat politik negara ini, kerana dikatakan sebagai "turning point" kebangkitan Barisan Nasional, khususnya parti Umno.

Bn bergantung harap kepada ahli langsung, pesara polis Ramli Mohd Noor, anak tempatan daripada kaum asli.

Parlimen Cameron Highlands dimenangi calon Bn daripada MIC sejak kewujudan kawasan itu pada tahun 2004. Pada PRU-14 lalu, kawasan itu dipertahankan Bn menerusi calon daripada parti yang sama dengan majoriti kurang 600 undi, namun kawasan itu diistiharkan kosong oleh SPR kerana terdapatnya kesalahan pilihan raya.

Parlimen Cameron Highlands mempunyai komposisi pengundi yang hamipr sama antara kaum melayu dan kaum cina, iaitu masing-masing 30%, mankala kaum asli 20%, dan 10% kaum india.

Jika PRU-14 menjadi sandaran, pengundi kaum cina dan india condong kepada calon DAP, manakala kaum melayu dan asli kepada Bn.

Mengingat Pas tidak ikut bertanding, pengundi parti itu, kemungkinan besar berpihak kepada calon Bn, mengingat kepada perkembangan politik tanah air selepas PRU-14, selain "kerjasama" antara Umno dan PAS, terlihat menerusi beberapa PRK di Selangor.

Pakatan Harapan, sudah tentunya akan menggunakan kelebihan mereka sebagai Parti yang memimpin kerajaan pada masa ini. Keadaan itulah yang menjadi penghalang utama kepada Bn mempertahankan kawasan itu, kerana PH tidak mahu PRK kali ini menjadi "turning point" bagi Bn atau Umno untuk bangkit.

Pada penamaan calon hari ini, 4 calon diumumkan akan merebut kawasan itu pada 26 Januari, antara calon Bn, PH serta 2 calon bebas.

Melihat kepada senarai calon, ternampak persiangan hanya antara Bn dan PH.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808