Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

BENTUK MANAPUN UNDANG-UNDANG-JIKA RUKUN NEGARA DIABAIKAN

$
0
0
Menteri Undang-Undang, Datuk Liew Vui Keong dipetik sebagai berkata, Undang-Undang baharu bakal digubal bagi melindungi institusi DiRaja. Kenyataan menteri itu disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, kerana menurut beliau sebuah undang-undang yang mempericikan jenis perbuatan yang termasuk menghina, kerana untuk masa ini, menurut beliau, pihak berkuasa agak keliru berkaitan bentuk perbuatan yang dianggap menghina.

Penulis tidak bermaksud mengulas berbagai undang-undang dalam negara yang telah ada bagi maksud membendung, mencegah, atau memlihara atau melindungi isntitusi DiRaja atau rakyat yang tidak berdosa, kerana penulis, tiada kemahiran berkaitan dengan undang-undang. Penulis khuatir terikut-ikut memberi pendapat atau memberi ulasan, pada sesuatu yang bidang yang langsung penulis tiada kemahiran, kerana tahu, tidak bererti mahir.

Penulis berpendapat, sebanyak manapun undang-undang, jika asas kepada rakyat dalam negara berdaulat, bagi Malaysia adalah RUKUN NEGARA. Rukun yang mengandungi 5 sila itu- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA; 

KELUHURAN PERLEMBAGAAN; 

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG; 

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

tidak dihayati, maka sebarang undang-undang hanya kelihatan berkesan, di pihak kerajaan, akan tetapi tidak dipihak rakyat.

Jika rakyat negara ini, benar-benar menyematkan dalam diri erti bernegara, seperti mana kandungan RUKUN NEGARA, maka sebarang undang-undang hanya akan kekal dalam bentuk bertulis, tidak membawa apa-apa implikasi.

Hakikat perlu difahami, walau bagai manapun, hebatnya undang-undang pencegahan, jika ada rakyat yang tidak menyematkan diri makna RUKUN NEGARA, maka akan berlaku juga, perbuatan menghina, memfitnah, menyakitkan orang lain, mencederakan orang lain, malah termasuk membunuh.

Pendek kata, jati diri setiap rakyat sangat dituntut. 

Di negara ini, perbuatan menghina, memfitnah, tidak terletak pada latar belakang rakyat, khususnya berkaitan pengetahuan, kerana terbukti, mereka yang berbuat demikian, adalah mereka yang ada pendidikan, tetapi tiada jatidiri berkaitan bernegara.

Undang-undang tidak akan berjaya menyekat atau memelihara mana-mana institusi dalam negara, selagi rakyat tidak mengerti, erti bernegara.

Ambil contoh, apa yang sedang dipraktikan dalam negara daripada segi pencegahan. Lihat rumah-rumah di bandar, dilengkapi dengan pagar tinggi, dilengkapi dengan pagar elektronik, dilengkapi dengan CCTV, dilengkapi dengan grill, dilengkapi dengan penggera bunyi, ada anjing bulldog, pemil;ik rumah ada senjata, pun demikian, berlaku juga kecurian atau rompakan.

Demikian juga hukuman berkaitan dadah, cukup hebat, termasuk hukuman mati, pun demikian, pengedaran dadah bukan berkurang, malah terus bertambah.

Demikian juga, jika ada rakyat yang termasuk dalam gila-gila, memberi komen suka-suka, sedangkan mereka itu, tiada hubung kaitpun dengan seseorang yang mereka hina, tidak mewakili, mana-mana pihak, dan tindakan mereka itu, adalah tindakan terpencil, kerana kurangnya penghayatan berkaitan RUKUN NEGARA.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808