Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK CAMERON HIGHLANDS: BN PILIH PESARA POLIS

$
0
0
Barisan Nasional mencalonkan Ramli Mohd Noor, pesara polis bagi berdepan calon DAP-Manogaran pada PRK Cameron Highlands 26 Januari ini. Penamaan calon pada 12 Januari, manakala undi awal 22 Januari.

Parlimen Cameron Highlands yang mempunyai pengundi berdaftar seramai 32,008 akan menentukan, parti mana mewakili parlimen itu, selepas MP kawasan itu daripada MIC yang menang pada PRU-14 hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Parlimen Cameron Highlands yang diwujudkan pada tahun 2004, telah dimenangi calon MIC daripada BN, tanpa putus.

Bn mempunyai tugas berat mempertahankan kawasan itu, memandangkan bukan kerajaan Persekutuan lagi. Namun demikian, Pahang di mana kawasan parlimen itu terletak masih diperintah Bn.

PRK Cameron Highlands, adalah penanda aras, apa kah Bn yang pada suatu masa mempunyai 13 parti komponen, dan kini berbaki 3, boleh dianggap sebagai saingan kepada Pakatan Harapan.

Pecalonan Ramli diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Mohamad Hasan yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, pada Khamis di Ibu Negara, Kuala Lumpur.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808