Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-14 SUDAH BERLALU.. BIARKAN IA BERLALU

$
0
0
Tidak seperti air pasang dan surut, boleh mengalir ke ulu jika pasang, dan ke muara jika surut. Manakala air terjun, terus terjun, dan tidak akan berpatah balik. Demikian lah ibarat pada PRU-14, ianya sudah berlalu, keputusanpun sudah diketahui, kerajaan sudah berubah, sebagai impak kepada keputusan itu.

Apa yang berkesan, hanya rasa, keadaan, rakyat sudah mempunyai perbandingan, di mana keadaan itu, tidak pernah berlaku selama 61 tahun, kecuali bagi Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Perak dan Kelantan.

Bagi Sabah, memang 4 kali mengalami perubahan, perubahan pertama tahun 1976, kedua tahun 1985, ketiga tahun 1994 dan keempat tahun 2018. Manakala Selangor, hanya sekali bermula tahun 2008, dan berterusan sehingga kini, demikian juga Pulau Pinang perubahan bersama Selangor. Manakala kelantan, yang berubah sejak tahun 1990, bertahan 28 tahun, tidak mahu lagi berubah. Manakala Kedah, Perak, Terengganu, berbeza citarasa, perbuahan setiap sepenggal. Kini, semua negeri telah berubah citarasa, kecuali Sarawak, Perlis dan Pahang.

Pemimpin politik, terbahagi dua, yang mempertahankan citarasa, dan mengubah citarasa. Mereka yang mempertahankan citarasa, adalah pemimpin kerajaan, manakala mereka yang mahu mengubah citarasa adalah pembangkang kerajaan.

Bagi pemimpin kerajaan, mereka mempertahankan citarasa mereka, ertinya, rakyat kena akur dengan citarasa yang mereka cipta, manakala pemimpin pembangkang, bercakap soal citarasa rakyat, sebab itu, pengalaman kita sebelum PRU-14, pembangkang masa itu mencipta janji-janji sesuai dengan citarasa rakyat, akhirnya, mereka diberi mandat. Oleh kerana janji yang disesuaikan dengan citarasa itu, tidak praktikal dilaksanakan, maka mereka terperangkap, hingga akhirnya mereka mendapat jolokkan, raja U-Turn, malah V-Turn, atau "corner baring".

Rakyat adalah manusia biasa yang ditandai dengan keinginan. Apabila keinginan tersentuh, maka mereka akan terpengaruh. Keadaan ini lah yang berlaku. Misalnya, Sabah bakal dapat 80% royalti minyak, kenyataan itu menarik bagi rakyat, kerana meraka akan mendapat berbagai peluang, misalnya peluang-peluang pekerjaan, peluang mendapatkan biasiswa bagi anak-anak mereka, malah mereka sendiri, jika masih ada keinginan menyambung pelajaran.

Contoh lain, seperti membina landasan kereta api daripada Kota Kinabalu ke Kudat, membina kilang-kilang Kelapa Sawit, di kawasan yang tiada tanaman kelapa sawit, membina kliang-kilang berasaskan kayu dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, pembangkang Sabah masa itu (pemimpin Warisan) akan menuntut bayaran tertunggak daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1trlion (RM1,000bilion) sejak tahun 1976. Bayangkan jumlah itu merupakan lebih 240 kali ganda bajet tahun 2019 negeri.

Mendasari faktor-faktor yang menyebabkan rakyat berubah pada PRU-14, maka pemimpin pembangkang perlu bercakap berkaitan citarasa rakyat, khususnya berdepan dengan PRU-15. Tiada salahnya, buka mulut, kerana tidak rugi apapun... daripada hanya berdiam diri... Bermula pada yang ada pada hari ini, untuk keputusan masa hadapan. Anda (pembangkang) mampu melakukannya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808