Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SOKONG ATAU TIDAK TUN DR MAHATHIR SUDAHPUN PERDANA MENTERI

$
0
0
Dalam keadaan sekarang, beri sokongan ataupun tidak, Tun Dr Mahathir sudah jadi Perdana Menteri. 

Jumlah kerusi parlimen 13 dan kini 16, bukanpun satu persoalan, kerana PKR, DAP, Amanah, Warisan menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. Dato Seri Anwar, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Datuk Shafie Apdal menyokong beliau. Ceritanya tiada isu.

Yang menibulkan isu adalah adalah para pemimpin PPBM dan penyokongnya, apabila nanti Tun Dr Mahathir "menyerahkan" jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar. 

Hakikat yang perlu diterima oleh PPBM, adalah Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Sementara, seperti mana dipersetujui sebelum PRU-14, sebab kepada persetujuan itu, kerana Anwar masih dalam penjara, tidak layak bertanding. PH jauh sebelum itu, telah memutuskan bahawa PM-7 adalah Datuk Seri Anwar.

Semalam dalam sidang akhbar, selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, apabila timbul soalan, bila kah Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar yang menjawab "tiada isu". Ertinya, sudah ada persetujuan antara Tun dan Anwar, berkaitan masa berlakunya penyerahan jawatan Perdana Menteri.

Pada masa ini, tidak timbul sama sekali, bahawa Tun tidak menerima sokongan sebagai Perdana Menteri, malah DS Anwar sendiri kerap menyatakan, untuk memberi ruang kepada Tun untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Presepsi yang mengatakan, kononnya kerajaan PH tidak kuat, malah akan rebah sebelum PRU-15, namun kenyataannya mereka semakin hari semakin kuat, malah penentangpun "mahu" menyertai mereka serta merta, tetapi terhalang oleh syarat yang dikenakan.

Dalam PH sekarang, parti yang mempunyai isu hanya lah PPBM, kerana selepas Tun tidak lagi menerajui parti itu, akan bagai mana kah kedudukannya. Bagi penulis, sesebuah parti akan kuat dan kelihatan kuat, apabila ramai ahli, selain ramai pemimpin yang mempunyai sokongan akar umbi. PPBM kena menerima seramai mungkin ahli dan perlu seramai mungkin pemimpin yang mempuyai sokongan akar umbi, sebagai persesediaan masa depan parti itu, selepas Tun Dr Mahathir, jika tidak parti itu hanya akan berkedudukan sebagai parti serpihan atau parti kecil di mata parti PKR dan DAP.

Para pemimpin PPBM perlu bersifat terbuka, perlu akomoditif, tidak boleh bertindak menghalang atau mengekang, kerana kesinambungan dan masa depan parti itu sangat bergantung kepada jumlah keahlian dan jumlah pemimpin yang bersamanya. Tindakan pemimpin muda dalam parti itu, masih tidak mampu membaca hasrat tersirat Pengerusinya, apabila membuka keahlian kepada mantan-mantan ahli dan pemimpin Umno.

Hakikat yang perlu diterima PPBM adalah perlu bersaing dengan Umno dan PAS yang mempunyai akar umbi yang cukup kuat. Umno yang sudah bertapak lebih 70 tahun, sudah tentu, penyokongntya bukan sahaja berakar tetapi telah bertunjang, cumanya,cabang dan ranting parti itu pada PRU-14, tergoyang, terpatah, dan menjadi penyebab kehilangan kuasa. Jika sekiranya Umno pada PRU-14, tidak kehilangan 34 kerusi, hari ini, kerajaan yang ditunjangi parti itu kekal wujud, kerana jumlah kerusi Bn akan berjumlah 113, 1 kerusi lebih bagi jumlah majoriti mudah daripada 222 kerusi parlimen negara ini.

Kini, walaupun Umno masih dilihat mempunyai kekuatan di atas kertas, kerana persepsi mempunyai akar umbi, namun berhijrahnya ramai pemimpin parti itu, akan menjadi pengukur, sejauh mana parti itu boleh bertahan. Kekuatan itu, akan dilihat pada PRU akan datang, atau kah menerusi PRK Cameron Highland pada 26 Januari ini, kerana parti itu bersama rakannya dalam Bn, akan bertanding.

Dalam senario sekarang, isu Tun Dr Mahathir disokong kah mahu tidak oleh mana-mana pihak di luar PH, bukan lagi pengukur, kerana pemimpin berusia lebih 93 tahun itu, sudah pun mencipta sejarah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808