Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

DEMOKRASI KEKAL HIDUP DI MALAYSIA: VKLIEW

$
0
0
Penulis tertarik dengan isi kandungan ucapan Menteri Undang-Undang Persekutuan yang juga MP Batu Sapi- Datuk Liew Vui Keong sempena diambang menyambut tahun 2019, di Batu Sapi, Sandakan pada malam 31 Desimber, 2018.

Sebelum PRU-14, memang telah menjadi isu bahawa parti pembangkang tidak akan bakal menang, kerana sistem demokrasi di Malaysia hampir mati, khususnya tuduhan Bersih, yang beberapa kali turun ke jalan menuntut pilihan raya yang bersih dan telus.

Namun, apabila meneliti mesej tahun baru menteri tersebut, beliau dengan jelas menyatakan, bahawa demokrasi bukan sahaja hidup di Malaysia, akan benar-benar mengunapakai demokrasi sebenar-benarnya, kerana peralalihan kuasa yang begitu licin dan teratur, selepas keputusan PRU-14 diketahui, walaupun peralihan kuasa itu dilaksanakan tanpa atur cara.

PRU tahun 2018, bukan sahaja menjadi sejarah politik negara, akan tetapi sebuah kerajaan yang diterajui sebuah parti yang memerdekakan negara, dan juga menerajui kerajaan tanpa putus selama 61 tahun kehilangan kuasa.

Tahun 2018 juga mencatit sejarah tersendiri, kerana untuk pertama kali di dunia seorang yang berumur 93 tahun dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kemenangan Pakatan Harapan tiada yang menyangka bakal berlaku, malah para pemimpin mereka pun tiada keyakinan sama sekali dapat menang, sebab itu, mereka membuat janji-janji menerusi manifesto, janji-janji yang sukar ditunai oleh sesebuah kerajaan.

Manakala di Sabah, tiada yang menganggap bahawa calon-calon Umno bakal kalah begitu banyak kawasan, walaupun diperkirakan bahawa 3 Dun dan Parlimen Semporna bakal ditawan parti Warisan Sabah. Namun, pada PRU tersebut, Umno kehilangan 15 kerusi Dun dan 8 kerusi parlimen kepada parti yang dipimpin oleh Datuk Shafie Apdal.

VK pun selepas membuat keputusan bertanding di Parlimen Batu Sapi, tidak menyangka beliau bakal memang, kerana wilayah itu adalah wilayah BN, khususnya Umno di Dun Sekong, namun pertimbangan beliau bertanding di kawasan itu, kerana diyakni oleh rakan parti PWS, DAP yang bakal bertanding di Karamunting, selain maklum balas daripada akar umbi di Dun Sekong.

VK adalah ahli Parlimen Sandakan sehingga tahun 2013 di bawah tikit BN, kerana masa itu beliau adalah Presiden LDP salah satu komponen parti Bn.

Selepas beliau tewas pada PRU-13, kerana tindakan 'sabotaj" daripada rakan-rakan beliau, satu kudeta kepimpinan parti digerakan oleh Setiausaha Agung parti itu  semasa beliau sedang bercuti di luar negara yang kemudiannya menjadi Presiden dan dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas dalam kabinet Sabah.

Meneliti lebih lanjut mesej ucapan menteri itu, terbukti, bahawa sistem demokrasi dan pilihan raya telus di negara ini, maka, parti yang disokong rakyat tidak akan terbendung untuk menang atau mendapatkan sejumlah kerusi.

Menurut Menteri Undang-Undang itu, senario PRU-14 perlu menjadi panduan kepada PWS dan parti-parti yang berkolaborasi dengannya, supaya benar-benar membela rakyat yang diwakili, jika tidak, maka akan berlaku juga pada parti kerajaan pada pilihan raya seperti mana yang berlaku pada Bn menerusi PRU-14.

Salah satu pra syarat sokongan rakyat menurut MP Batu Sapi itu, kerajaan yang memerintah perlu menggunakan pakai RULE OF LAW, tanpa pilih bulu. Menerusi kaedah itu, maka rakyat akan terus meyakini government of the day.

Sebenarnya pandangan menteri itu, sesuai sepanjang masa, sebagai panduan parti-parti yang bakal menjadi kerajaan di suatu hari nanti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808