Kebebasan memilih parti politik memang termaktub dalam perlembagaan negara. Sebab itu, undang-undang anti-lompat yang diperkenalkan DUN Sabah dan Kelantan suatu masa lalu terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Jika ada ura-ura memperkenalkan undang-undang anti-lompat, maka ianya perlu mengubah Perlembagaan Negara, maknanya, Kerajaan Persekutuan perlu memulakannnya.
Melompat parti yang menyebabkan sesebuah kerajaan jatuh, dikatakan katak, namun jika seseorang atau kumpulan wakil rakyat atau pemimpin keluar daripada partinya, akan tetapi TIDAK mempunyai implikasi politik, termasuk kejatuhan sesebuah kerajaan, ianya TIDAK termasuk dalam istilah lompat, akan tetapi hijrah. Pengertian, berkaitan pindah parti, sangat bergantung kepada situasi dan kondisi.
Selepas PRU-14, timbul kaedah baru dalam politik Malaysia. Wakil rakyat yang keluar parti dikatakan tidak melompat, apabila melalui fasa: KELUAR-BEBAS-MASUK PARTI LAIN. Kaedah ini tidak sama sebelum ini, kerana biasanya, apabila seseorang wakil rakyat keluar daripada parti asal, akan terus mengumumkan masuk parti lain.
Di Sabah pada 11 Mei, 2018, oleh kerana 4 ADUN Umno dan 2 ADUN UPKO tidak melalui kaedah KELUAR-BEBAS-MASUK PARTI LAIN, maka mereka itu terkategori sebagai KATAK. Lagipun tindakan mereka telah menyebabkan sebuah kerajaan kehilangan kuasa.
Dalam politik untuk memperkukuh kekuatan sesebuah parti, sama lah dengan kelab bola sepak. Kelab kuat kerana berkumpulnya para pemain hebat dan berbakat.
Di Malaysia sekarang ini, berlaku pertembungan "kuasa". Seorang pemimpin yang mempunyai kedudukan, namun tidak didokong oleh parti yang kuat. Sementara pemimpin yang "menanti kuasa" didokong oleh parti yang kuat.
Dalam politik, "numbers" berpisah tiada. Jika anda ditempat pemimpin yang ada kuasa, namun tidak didokong oleh "numbers" sedangkan anda mempunyai peluang mengubah "numbers" itu, apa kah anda hanya berpeluk tubuh?. Pemimpin yang rasional akan bertindak mengubah "numbers", ini lah yang berlaku sekarang ini.
Mengubah "numbers" bergantung kepada proses timbal balik. Oleh kerana proses timbal balik itu sedang berjalan, maka pemimpin yang bercadang mengubah "numbers" itu memudahkan matlamatnya.
Mantan pemimpin Umno Sabah yang berhijrah secara en-blok pada 12-12-2018, merupakan katalis kepada proses timbal balik itu. Mereka sebenarnya, pelopor kepada proses itu, walaupun secara perorangan di mulakan di Semenanjung.
Pemimpin Sabah yang bermula pada 5 Disember, 2018 apabila para ADUN dan Ketua Bahagian berkumpul di rumah kediaman Tan Sri Musa Aman, mempercepat proses timbal balik itu, walaupun ADUN Sungai Sibuga itu, belum mengumumkan kedudukan beliau.