Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

BOLEH KAH PPBM SEKUAT UMNO?

$
0
0
BUKAN sahaja Tun Dr Mahahir, akan tetapi sebahagian besar pemimpin parti itu mempunyai nafsu ingin ikut jejak langkah Umno yang pernah menjadi parti tulang belakang kerajaan lebih 61 tahun.

Tun Dr Mahathir semasa menubuhkan PPBM mempunyai hasrat tersirat, bahwa parti tajaan beliau itu akan mengambil alih peranaan Umno.

Mampu kah PPBM berbuat demikian? sedangkan akar umbi yang membolehkan sesebuah parti seperti PPBM telah berpecah 5? Kaum melayu atau bumiputera yang menjadi asas kekuatan Umno suatu masa lalu tidak lagi menjadi asas kekuatan kerana telah melalui fasa berpuak-puak, antara Umno, PKR, PAS, Amanah dan kini PPBM, malah ada yang berada dalam DAP.

Kata peribahasa, ingin menggapai langit, apa kan daya tangan tak sampai. Di atas kertas mudah sahaja pemimpin parti mencorak hala tuju kononnya parti yang ditubuh boleh menggamit sokongan segmen rakyat yang menjadi hala tuju, namun secara praktikalnya tidak semudah itu.

Ambil contoh di Sabah, khususnya parti-parti berkaitan KDM. Semasa penubuhan parti-parti seperti PBS, UPKO, PBRS dan STAR berhasrat menjadi flatform kaum KDM, namun hakikatnya hasrat itu tidak tercapai, sehinggakan kekuatan kaum itu dalam arena politik semakin lemah. Demikian juga berlaku pada kaum melayu di Semenanjung, akibat perpecahan, maka kaum terbesar itu bukan lagi master dalam arena politik di negara ini.

Dalam politik, emosi,tidak akan boleh mencapai matlamat, kerana kekuatan sesebuah parti sangat bergantung kepada sokongan rakyat jelata. Tindakan para pemimpin berkumpul pada sesebuah parti, tidak menjamin sokongan rakyat.

PPBM misalnya, kalau dilihat daripada segi pemimpin berpengalaman, memang telah diwakili menerusi parti itu, demikian juga diperingat pemuda, boleh dikatakan sebagai well balance, namun di peringkat pertengahan, adalah kelemahan dalam parti itu, sebab itu, pada PRU-14 lalu, meskipun bertanding 52 kawasan parlimen, akan tetapi hanya menang 13.

Politik Malaysia, sangat terbuka, setiap rakyat boleh memilih parti mana yang disukai. Oleh kerana keterbukaan itu, maka menjadi pemangkin kepada kelemahan, khususnya yang berkaitan dengan golongan bumiputera.

Golongan bumiputera, meskipun 365 hari setahun berpolitik, tetapi hanya minat kepada menang sorak kampung tergadai, berbeza dengan kaum bukan bumiputera yang boleh sepakat di bawah satu bumbung. Kaum bumiputera, hanya minat pada meneggakkan benang basah, hanya minat seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus.

Di Sabah, nampaknya berasaskan senario politik semasa, hanya kaum cina yang dapat berpakat di bawah satu bumbung, tidak kepada bumiputera, samaada yang islam mahupun yang bukan. Kaum itu, masih terpaku kepada "warlord" masing-masing, yang mempunyai sifat seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. 

Berasaskan kepada senario politik semasa, apa kah PPBM mampu sekuat UMNO? jika istilah mengganti sahaja, tidak membawa erti apa-apa, jika kaum yang mendokong masih dalam keadaan berpecah. Fikir-Fikirkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808