Presiden PPBM Tan Sri Muhiyiddin Yassin berkata pra-syarat kemasukan PPBM ke Sabah bergantung kepada perundingan antara mantan-mantan wakil rakyat dan pemimpin Umno yang diketuai Datuk Hajiji Haji Noor dengan Presiden Parti Warisan Sabah (PWS) Datuk Shafie Apdal.
Menerusi kenytaan Muhiyiddin itu, maka timbul istilah antara TELUR DAN AYAM, mana satu yang lebih dahulu.
Muhiyidin menjangkakan, dalam tempoh sebulan, keputusan bakal diketahui, dan pada masa itu, kepimpinan PPBM akan memutuskan tindakan selanjutnya,
Sebelum PRU-14, PPBM telah memutuskan tidak akan mengembangkan sayap ke Sabah sebaliknya menjadikan PWS sebagai parti rakan, walapun parti pimpinan Shafie itu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH)
Pada PRU-14, PWS berkolaborasi dengan PH telah mendapat 29 kerusi Dun daripada 60, seimbang dengan jumlah kerusi Bn yang diterajui Umno. Pada PRU tersebut, tiada parti sebagai pemenang, namun parti STAR yang mempunyai 2 kerusi membuat keputusan untuk membentuk kerajaan dengan Bn, akan tetapi kurang 24 jam, kerajaan itu runtuh, kerana 4 ADUN Bn melompat parti, 4 daripada Umno dan 2 daripada UPKO.
Selepas kejatuhan kerajaan yang diterajui Umno, maka Bn Sabah hampir terbubar, apabila semua parti itu keluar daripada gabungan itu, dan seterusnya menubuhkan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang dianggotai PBS, Umno dan STAR, tanpa PBRS.
Sebelum para wakil rakyat Umno keluar beramai-ramai bersama-sama dengan 21 Ketua-ketua Bahagian serta para pemimpin Umno lain, pada 12/12/2018, GBS hanya mempunyai 20 ADUN, daripada asal 31.
Melihat perkembangan terkini, apa kah PPBM akan mengembangkan sayap ke Sabah untuk membolehkan para mantan pemimpin Umno memasuki parti itu, masih di persimpangan, jika berasaskan kepada kenyataan Muhiyiddin tersebut. Namun, apa yang perlu diambil kira, adalah kandungan tersirat antara kenyataan politik dan fakta tersurat, kerana dalam politik, semuanya serba berkemungkinan.
Jika diterjemahkan kenyataan Muhiyiddin itu dalam bentuk tersurat, maka membawa erti, kemasukkan PPBM ke Sabah sangat bergantung kepada Datuk Shafie Apdal. Jika keadaan ini yang bakal berlaku, maka membawa makna, Shafie adalah BOSS!!!!.