Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824

Najib Selar Ketua Bahagian Umno Dapat Dana Parti

$
0
0
1. Dato Seri Najib Razak menyelar Ketua-Ketua Bahagian Umno yang mendapat dana daripada Parti yang tidak bersuara semasa beliau diserang berkaitan dengan dana poltik.

2. Najib membangkitkan isu tersebut semasa berucap merasmikan Bahagian Umno Bandar Tun Razak pada Sabtu.

3. Menurut Perdana Menteri semenjak beliau menjadi Presiden Parti, banyak aktivti parti yang bersifat sumbangan sosial seperti menghantar ramai orang menunaikan haji. Selain itu, parti juga menyalurkan dana kepada ketua-ketua bahagian untuk perjalanan harian parti.

4.Apa yang mengecewakan Presiden Parti, apabila ketua-ketua bahagian menerima dana mereka diam, demikian juga apabila beliau diserang, para ketua bahagian juga diam, dan tidak tampil membela.

5. Perdana Menteri mengulangi, sebagai Presiden Parti, beliau bertanggungjawab mencari dana untuk parti, dan semua dana itu adalah semata-mata untuk perjalanan parti dan rakyat. Tiada dana yang beliau perolehi untuk tujuan peribadi.

6. Najib mengingatkan ahli parti, serangan kepada beliau kerana beliau merupakan Presiden parti. Penterang tahu, bahawa ikan mula membusuk melalui kepala.

7. Serangan terhadap beliau tidak pernah berlaku selama ini, hanya serangan bertali arus termasuk peribadi dan keluarga beliau, dilakukan hanya selepas beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden parti.

8. Najib meminta ahli Umno agar membela Presiden, kerana tujuan utama para pembangkang adalah menjatuhkan Presiden, agar supaya parti menjadi lemah, dan mudah bagi mereka mengambil kuasa.

9. DS Najib sedih, kerana ada pemimpin Umno yang termakan hasutan para pengeritik beliau dan pembangkang, hingga sanggup menikam belakang beliau.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824