Demi pembetulan sejarah politik Sabah, Parti Warisan Sabah (PWS) tidak pernah menang pilihan raya termasuk pada PRU-14.
Pada PRU-14 yang melabuhkan tirainya pada 9 Mei, 2018, PWS hanya mendapat 21 kerusi daripada 60 kerusi yang dipertandingkan. Manakala parti barisan nasional (Bn) menang 29 kerusi daripada jumlah kerusi juga daripada 60 kawasan. Parti yang berkolaborasi dengan PWS DAP menang 6 dan PKR 2. Makna kata, meskipun jumlah kerusi PWS +DAP +PKR, ianya hanya berjumlah 29 sama dengan jumlah kerusi Bn.
Pada 10 Mei, Bn menubuhkan kerajaan Sabah atas kerjasama dengan parti STAR yang mempunyai 2 kerusi, menjadikan kerusi Bn + STAR berjumlah 31. Jumlah kerusi 31 merupakan majoriti mudah bagi DUN Sabah, walaupun berasaskan Perlembagaan Sabah, parti yang boleh menubuhkan kerajaan, adalah parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak.
Jika berasaskan Perlembagaan Sabah, meskipun 6 ADUN Bn khianat pada 12 Mei, akan tetapi Bn tetap sahaja parti yang mempunyai kerusi terbanyak, kerana masih mempunyai 23 kerusi berbanding PWS 21.
Berasaskan kepada fakta itu, maka demi sejarah politik Sabah yang bakal ditatap generasi akan datang, bahawa PWS tidak pernah menang dalam pilihan raya, termasuk juga tidak pernah mengalahkan Bn dalam pilihan raya.
Fakta lain juga, yang merupakan bahan sejarah politik Sabah, daripada 32 kawasan yang ditandingi Umno Sabah, parti itu masih menang 17 berbading PWS 15, makna kata menerusi keputusan itu, PWS tidak pernah mengalahkan Umno Sabah.
Dakwaan-dakwaan para pemimpin PWS, sebagai menghalang kemasukkan PPBM ke Sabah, kononnya PWS telah berjaya mengalahkan Umno dan Bn, adalah dakwaan yang tidak berasaskan fakta.
Sejarah politik Sabah akan mencatitkan, bahawa Kerajaan Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman pada 10 Mei, 2018, kehilangan kuasa, kerana perbuatan lompat parti yang dilakukan oleh 4 ADUN Umno dan 2 ADUN UPKO.