Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HASRAT TERSIRAT TUN DR MAHATHIR JELAS: PANDIKAR

$
0
0
TSP Pandikar dan Tun M suatu Masa Yang Lalu
Hasrat tersirat Tun Dr Mahathir jelas, sebab itu beliau kembali ke persada politik selepas bersara pada tahun 2003.

Pandikar yang berkesempatan bekerjasama dengan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu pada tahun 90-an semasa memimpin Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR), parti yang menjadi sebahagian komponen Bn Sabah bersama LDP, serba sedikit tahu hasrat tersirat Perdana Menteri itu seperti mana beliau tulis dalam buku beliau "Melayu Dilema" dan puisi beliau " Melayu Mudah Lupa".

Meskipun Tun Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri, namun mencapai hasrat tersirat terkekang, memandangkan parti yang beliau wakili tidak mempunyai angka yang boleh mendokong hasrat itu.

Dalam politik, sesebuah hasrat boleh dilaksanakan dan seterusnya dapat dicapai apabila parti yang diwakili mempunyai kekuatan daripada segi jumlah kerusi.

Keputusan PRU-14, meskipun parti yang diwakili Tun bertanding 52 kerusi Parlimen, namun hanya menang 13 kerusi. Jumlah kerusi itu adalah sebahagian daripada 122 kerusi yang berpihak kerajaan Pakatan Harapan termasuklah 8 kerusi sumbangan Parti warisan Sabah.

Dengan jumlah kerusi yang amat kecil, sudah tentu, menjadi penghalang kepada mencapai "hasrat tersirat" PM-7 itu dilaksanakan sebelum beliau bersara daripada politik buat selama-lamanya.

Sebagai pemimpin yang pernah berkerja sama rapat termasuk sebahagian daripada anggota kabinet Persekutuan PM-4 itu, Pandikar terpanggil untuk membantu Pengerusi PPBM itu mencapai dan melaksanakan "hasrat terisrat" beliau.

Kata peribahasa Betapa Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul. Keadaan ini lah yang tersempat dalam fikiran dan sanubari PM-7 itu. 

Memang, sesetengah orang melihat tindakan-tindakan tersurat PM-7 itu, namun jika diperhalusi, tindakan-tindakan itu, bagaikan api dalam sekam, kerana jika dihubung kaitkan dengan hasrat tersirat beliau seperti mana apa yang ditulis menerusi buku dan puisi beliau, sebenarnya PM-7 itu kelihatan gembira dalam tangisan.

Dalam politik, keputusan lalu- lalu, akan diketahui benar dan tidaknya hari ini, sebab itu, berlaku keputusan kembali ke pangkal jalan, atau masa ini ramai yang suka menyebutnya sebagai tindakan U-Turn. Tindakan U-Turn sebenarnya dizahirkan melalui peribahasa SESAT DI HUJUNG JALAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN, ertinya maksud peribahasa itu adalah untuk kebaikan.

Para pemimpin Sabah termasuk Tan Sri Pandikar yang keluar beramai-ramai daripada parti Umno pada Rabu, sebenarnya mempunyai hasrat membantu PM-7 itu mencapai dan melaksanakan hasrat tertunda itu. Ada lah sesuatu tindakan mulia apabila pemimpin negarawan seperti Tun Dr Mahathir dapat merealisasikan hasrat tersirat untuk kepentingan generasi akan datang khusunya bagi kaum peribumi di negara ini.

Akan tercatit dalam sejarah negara, para pemimpin yang mendokong hasrat itu. Atas sebab faktor itu, para pemimpin yang mahu sebahagian daripada mencapai dan melaksanakan hasrat itu, sanggup bertindak U-Turn.

Rakyat negara ini, jangan dahulu cepat-cepat membuat keputusan atau melakukan tomahan terhadap tindakan U-Turn para pemimpin yang bersifat politik, kerana ianya perlu dilihat maksud tersurat dan tersirat tindakan itu. Fikir-Fikirkan Lah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808