Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

UMNO SABAH BAKAL MELABUHKAN TIRAI?

$
0
0
Bagi Sabah parti Umno mempunyai jasa yang luar biasa, meskipun hanya bertapak hampir 28 tahun. Kehadiran parti itu, telah menstabilkan p;olitik Sabah sejak tahun 1994 sehingga PRU-14.

Namun kata peribahasa, kerana nila setitik maka susu sebelangan rosak binasa. Ini lah yang berlaku pada parti itu semasa PRU-14 lalu. 

Tidak dinafikan, masih ramai rakyat yang sayang kepada parti itu di Sabah, kerana masih menang 17 DUN, dan 7 Parlimen, namun jumlah itu sungguh berbeza jika dibandingkan dengan PRU-PRU sebelumnya. Pada PRU-13, daripada 32 calon parti itu di peringkat DUN, hanya satu yang kalah, akan tetapi di peringkat parlimen menang 100%, berbanding pada PRU-14 hanya menang separuh. 

Penulis teringat tahun 1990, apabila parti Usno dibubarkan dan secara enblok semua ahli masuk Umno sebagai kenderaan baru mengharungi lautan politik, kini Umno dilihat sebagai kapal yang menunggu karam, maka sebelum karam sepenuhnya, maka elok lah menyertai kapal lain untuk meneruskan pelayaran. 

Dalam senario politik nasional, perjuangan Umno sebenarnya tercermin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Mungkin sudah menjadi suratan Umno, bakal digantikan dengan klon parti itu. 

PPBM ditubuhkan oleh mantan-mantan pemimpin Umno, khususnya Tun Dr Mahathir yang pernah menjadi Presiden Umno selama 22 tahun. 

Benarlah dalam dunia politik, semuanya berkemungkinan. Jika suatu masa lalu, tiada yang terfikirkan bahawa Umno yang menjadi parti tunjang kerajaan sejak merdeka kehilangan kuasa kepada parti yang ditubuhkan oleh mantan-mantan pemimpin parti. 

Kalau difikirkan, bagai mana mendarah dagingnya Umno kepada para pemimpin dan ahli Umno Sabah, maka ianya lebih lagi mendarah daging kepada para pemimpin PPBM seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin, pun demikian sanggup meninggalkan dan menumbangkan Umno. Penulis masih ingat, Tan Sri Muhiyiddin Yassin pernah berkata sebelum dipecat, bahawa beliau adalah “totok Umno” (dalam bahasa jawa, totok adalah tulin, real atau tugu”. 

Jika Umno Sabah, memutuskan akan membubarkan Umno Sabah, dan secara enblok menyertai PPBM, maka lebaran politik baharu bagi Sabah akan dikataliskan semula seperti mana tahun 1990. 

Politik Sabah memang unik, jika sebelum Umno menerajui Kerajaan, setiap dua penggal atau 9 tahun, pasti berganti kerajaan. Di harapkan dengan katalis baru, menerusi parti baru, maka kestabilan politik Sabah akan beterusan seperti mana semasa Umno menerajui Kerajaan Negeri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808