Kerajaan Sabah, sehingga November 2016, sejak merdeka belum ada Pusat Pentadbiran Negeri yang kekal.
Pada awal kemerdekaan, sehingga awal tahun 1980, PPNS ditempatkan di Bangunan Sekteriat. Sembulan Kota Kinabalu, sebelum berpindah ke Banguan Yayasan Sabah, di Teluk Likas Kota Kinabalu.
Selepas tahun 1995, PPNS berpindah pula ke Bangunan Innoprise, juga di Teluk Likas, sehingga November, 2016.
Bermula pada Disember, 2016, PPNS sudah mempunyai bangunan tetap atau kekal, apabila banguan baru PPNS dibuka.
Bangunan PPNS yang berwajah ikonik bukan sahaja di Sabah, akan tetapi di Borneo, malah bangunan itu merupakan bangunan tertinggi di kepulauan Borneo setakat ini.
Bangunan PPNS yang mula dibina pada Ogos, 2011, siap sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan, 30 bulan.
Bangunan yang berkos RM600juta itu, bukan sahaja menjadi mercu tanda bagi Negeri Sabah, akan tetapi merupakan legasi Tan Sri Musa Aman.
Musa yang dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac, 2003 sehingga 10 Mei, 2018.
Musa adalah Ketua Menteri Sabah yang sah menurut Perlembagaan Negeri, namun tafsiran Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu semasa memutuskan siapa Ketua Menteri sah Sabah pada 7 November, 2018 telah merujuk kepada kes Negeri Perak, berkaitan isu yang sama tahun 2009.
Untuk maksud penafsiran Perlembagaan Negeri yang sebenar, kes dua Ketua Menteri Sabah telah difailkan ke Mahkamah rayuan.
Nota: Apabila, kerajaan yang sedang memerintah, tersirat niat membina bangunan baharu di mana Pejabat Ketua Menteri, ditempatkan, maka berlaku perubahan kerajaan. Apabila Tun Mustapha membina Bangunan Yayasan Sabah (kini Menara Tun Mustapha), maka beliau kehilangan kuasa, Apabila Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) membina Bangunan Perindustrian, di mana Pejabat Ketua menteri di tempatkan, beliau kehilangan kuasa, Apabila Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri) mdmbina Bangunan Innoprise di mana Pejabat Ketua Menteri ditempatkan, beliau juga kehilangan kuasa, dan seterusnya apabila Tan Sri Musa membina PPNS, beliau juga jadi mangsa mitos itu.
Kini, PPNS telah terwujud, dan Pejabat Ketua Menteri akan kekal di situ dalam jangka masa yang panjang. Apa kah juga, mencerminkan, bahawa Kerajaan hari ini akan kekal lama?? Mitos ini, hanya boleh dijawab oleh Gabungan Bersatu Sabah (GBS).