Dalam sistem demokrasi, apabila pilihan raya umum sudah berlalu, maka pilihan raya berikutnya sedang ditinggu.
Menurut jadual, pilihan raya umum berikutnya adalah tahun 2023, iaitu PRU-15 negara.
Jika pada PRU-15, tiada persempadanan baru, maka jumlah kerusi parlimen akan tetap sama, iaitu 222. Menerusi jumlah itu, parti atau gabungan parti yang menang 112 kerusi akan membentuk kerajaan.
Pada PRU-14, Parti PH dan Warisan Sabah menang, 122, manakala Bn (mungkin hanya catitan sejarah)-79, Pas-18 dan bakinya Bebas (pro PH).
Pada PRU lalu, walaupun Parti Warisan Sabah tidak berkolaborasi dengan PH (DAP-PKR-PPBM-Amanah) masih dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Untuk Sabah pula, PRU-14 menyaksikankan DUN Tergantung, apabila tiada parti yang mendapat lebih separuh daripada 60, namun Perlembagaan negeri tidak menggariskan jumlah itu, sebaliknya, mana-mana parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan membentuk kerajaan.
Penafsiran jumlah kerusi terbanyak berasaskan Perlembagaan Negeri sedang dalam proses rayuan di mahkamah rayuan.
Namun berasaskan kedudukan semasa, jumlah ADUN yang membangkang kerajaan yang dibentuk oleh para wakil rakyat (bukan oleh rakyat), hanya berbaki 21, daripada 66 ADUN termasuk 6 ADUN lantikan. Berasaskan kepada keadaan ini, dalam segi jumlah, maka kerajaan yang ada mempunyai kuasa 2/3 di DUN Sabah.
Berasaskan kepada kedudukan itu, maka mengubah Perlembagaan Negeri boleh dilakukan.
Pada 13 Disember, 2018, akan diadakan Persidangan Khas DUN Sabah dengan Agenda membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri (Pindaan) Tahun 2018, yang bermula pada pukul 10.00 pagi.
Setakat ini, penulis belum mendapat maklumat, butiran mana Perlembagaan Negeri perlu dipinda, sama-sama kita tunggu.