Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801

Dana Politik Akan Mengalir ke Malaysia

$
0
0
1. Selepas ini, jangan persoalkan lagi dana politik yang mengalir ke dalam negara untuk parti-parti politik.

2. Preseden sudah bermula, kerana RM2.6bilion (RM2.67bilion) dana asing yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri tahun 2013, merupakan sumbangan sah, dan tidak boleh dipertikaikan.

3. SPRM sudah mengesahkan bahawa wang RM2.6bilion tersebut merupakan sumbangan seseorang daripada Timur Tengah. Penjelasan dan maklumat berkaitan sumbangan tersebut telah diketahui SPRM, kerana si penyumbang sudahpun memberi penjelasan, hanya dipihak Perdana Menteri sahaja ingin diketahui tentang bagaimana sumbangan tersebut digunakan.

4. Sebenarnya dana politik tersebut tiada tujuan untuk diketahui umum, namun kerana pembocor maklumat sebahagian daripada pasukan penyiasat 1MDB, maka terbongkarlah maklumat berkaitan dengan dana politik tersebut. Penemuan wang RM2.6bilion memang berlaku secara kebetulan, kerana ianya bukan sasaran.

5. Umum mengetahui berkiatan wang RM2.6bilion tersebut apabila The Wall Street Journal melaporkannya. Pada awalnya, ramai yang mempertikai laporan tersebut, termasuk Perdana Menteri sendiri, malah peguam beliau telah menghantar surat kepada Dow Jones pemilik WSJ untuk meminta pengesahan berkaitan dengan laporan tersebut.

6. Selama sebulan, isu wang tersebut menjadi bualan bukan sahaja oleh rakyat negara ini, malah masyarakat antarabangsa. 

7. Pada 3 Ogos, secara tiba-tiba SPRM telah mengesahkan bahawa wang RN2.6bilion bukan wang 1MDB sebaliknya wang itu berpunca daripada Timur Tengah, sumbangan seorang budiman.

8. Pengesahan kedudukan wang tersebut malangnya telah memakan tiga korban, iaitu pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Dato Shafie Afdal daripada kabinet. Juga, proses mengesahkan wang tersebut telah menyebabkan ramai yang telah ditangkap SPRM, dan kemudiannya pihak SPRM yang bertindak tersebut ditangkap dan disiasat pula oleh pihak Polis.

9. Kedudukan wang RM2.6bilion sekurang-kurangnya sudah dinyatakan bukan wang rakyat Malaysia.

10. Isu moral berakitan wang RM2.6bilion tersebut, ketepikan dulu, kerana kalau ianya dikaitkan dengan moral, maka berat untuk ditulis.

11. Tergantung kepada rakyat negara ini, apa pandangan mereka terhadap Perdana Menteri, kalau baik, maka baik lah, kalau serong maka serong lah. Sebenarnya, kuasa dan kedudukan dalam politik ditentukan oleh rakyat. Kalau rakyat masih mempertahankan DS Najib pada PRU-14, itu namanya, UBN perlu berterima kasih.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801