Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824

RM2.67Bilion- Yang Penting Najib Tidak Curi Wang Rakyat

$
0
0
1. Bagi parti-parti Barisan Nasional dan Ngo mesra BN, mereka tidak boleh marah atau mempunyai kesangsian berkaitan dengan Wang sumbangan RM2.67bilion daripada pihak-pihak tertentu, kerana mereka pun mendapat manafaat daripada sumbangan tersebut. (Nota bukan kegunaan peribadi).

2. Jawapan berkaitan wang tersebut sudahpun diketahui, wang RM2.67bilion bukan daripada 1MDB. Namun bagi pengeritik khususnya pembangkang, kalau jawapan bukan daripada 1MDB, maka ianya bukan jawapan. Jawapan bagi mereka, adalah wang itu wajib daripada 1MDB.

3. Selepas jawapan diberikan, pembangkang atau pengeritik, sama sekali tidak mahu menerima, malah menimbulkan persoalan lain, misalnya, kononya kalau penyumbang itu bukan rakyat Malaysia, maka DS Najib meperjudikan negara, kerana menurut mereka tiada Free Lunch di dunia ini.

4. Para pengeritik Najib mempersoalkan mengapa DS Najib mempergunakan akaun peribadi untuk menerima wang tersebut. Di sinilah perbezaan antara pengeritik tersebut dengan Perdana Menteri ke-6 itu. DS Najib ikhlas dan jujur dengan tindakan beliau, sebab itu tidak mengikuti langkah pemimpin terdahulu atau mana-mana pemimpin yang mempergunakan pihak ketiga atau proxy.

5. Perdana Menteri yakin bahawa penyumbang tersebut bukan mendapatkan sumber kewangan daripada tindakan jenayah, atas sebab itu, tidak berselindung mengunakan nama sendiri sebagai kesungguhan berkaitan dengan kejujuran dan keikhlasan.

6. Ada yang mempersoalkan, mengapa daripada awal DS Najib tidak memberi penjelasan berkaitan dengan wang tersebut. Sebenar tidak secara langsung beliau sudahpun menjawab, bahawa beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kegunaan peribadi, juga 1MDB sebagai subjek juga awal-awal menyatakan bahawa RM2.67bilion bukan berasal daripada syarikat tersebut. Malangnya penjelasan tersebut tidak diterima, oleh kerana itu, biarlah penyiasat yang memberi penjelasan mengenai wang tersebut.

7. Kini timbul pula keraguan berkaitan penjelasan daripada SPRM, kononnya penjelasan agensi tersebut dilakukan atas paksaan, kerana ekoran beberapa orang pegawai SPRM ditangkap dan disiasat polis ekorang bocornya maklumat penyiasatan berkaitan dengan SRC International.

8. Yakinlah, apapun penjelasan daripada DS Najib atau kerajaan tidak bakal diterima oleh pihak-pihak pengeritik atau pembangkang. Bagi mengelak rakyat atas pagar terpengaruh, maka tugas kerajaan dan DS Najib agar terus memberi penjelasan dan jawapan berasaskan fakta.

9. Perlu dingat, penjelasan yang berterusan perlu dilakukan, kerana keadaan sekarang sudah berubah, kerana para pengeritik sebahagian adalah daripada pemimpin melayu sendiri, keadaan ini merupakan cabaran berat kepada para pemimpin Melayu yang dalam Barisan Nasional dan kerajaan.

10. Keadaan sekarang tidak sama semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kerana masa itu hanya DAP dan PAS sahaja yang membuat krtitikan dan dakwaan, kini sudah termasuk pemimpin Umno sendiri serta mantan-mantan pemimpin Umno yang menyertai PKR.

11. Bermula daripada sekarang, program seperti semalam melalui TV1 di mana Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional melalui bicara Dana Politik perlu diteruskan, bukan sahaja terhad kepada para pemimpin akan tetapi para NGO, penulis blog atau mana-mana pihak yang mampu memberi penerangan.

12. Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru- Datuk Salleh Tun Said sudah tentu mempunyai perancangan jitu bagi mengatasi dan menangani berbagai fitnah melalui penerangan samada melalui media massa akan tetapi melalui program-program anjuran beberapa agnesi di bawah Kementerian tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824