1. Pembocor akaun DS Najib Razak di AmBank perlu ditangkap dan diadili. Mengapa? pembocor tersebut cuba menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi melalui kemarahan rakyat.
2. The Wall Street Journal pada 3 Julai telah membuat laporan berkaitan wang yang dimasukan ke akaun peribadi Perdana Menteri dengan menggunakan maklumat bersumber daripada pasukan penyasat 1MDB.
3. Satu pasukan khas menyiasat 1MDB telah ditubuhkan pada Mac 2015, selain arahan kepada Ketua Audit Negara untuk menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.
4. Melalui siasatan tersebut, ditemui akaun bank kepunyaan Perdana Menteri yang menerima RM2.67bilion (mengikut pertukaran wang ringgit terkini), kemudiannya maklumat tersebut diberikan kepada WSJ dan Sarawak Reports untuk tujuan laporan.
5. Hampir sebulan, rakyat resah dengan laporan WSJ tersebut, malah menyebabkan dua pemimpinan kanan Umno terjerat dengan laporan tersebut, sehinga mereka dipecat daripada jawatan masing-masing.
6. Sebenarnya niat pembocor maklumat tersebut adalah mahu mengwujudkan ARAB SPRING dalam negara ini dan seterusnya menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
7. Kalaulah rakyat Malaysia tidak waras, dan bertindak membabi buta tanpa usul periksa, kemungkinan besar apa yang berlaku di Mesir dan Libya sudah berlaku di negara ini. Pun demikian, jika dilihat dalam laman sosial, terlihat sangat, betapa BENCINYA RAKYAT pengamal media sosial kepada Perdana Menteri.
8. Oleh kerana wang yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri bukan berpunca daripada 1MDB sebaliknya daripada penderma budiman, maka sudah terjawab bahawa tiada satu senpun hasil cukai dimasukan ke dalam akaun perdana Menteri.
9. Kerajaan tiada pilihan khususnya pihak polis, perlu secepatnya menangkap pembocor maklumat berkaitan akaun peribadi Perdana Menteri, kerana ianya bukan sahaja membawa fitnah, malah mengundang imej buruk kepada Perdana Menteri dan kerajaan.
10. Individu atau kumpulan individu pembocor maklumat tersebut, sebenarnya khianat kepada rakyat, kerana kerajaan pada hari ini adalah pilihan rakyat melalui proses demokrasi.
Nota: SPRM sudah mengesahkan bahawa Wang RM2.67bilion bukan daripada 1MDB, sebaliknya daripada penderma budiman.