Penulis tidak sabar-sabar menunggu perbicaraan DS Najib Razak. Mungkin perbicaraan beliau boleh menjadi perbicaraan abad ini.
Untuk sementara, penulis tidak dapat memastikan berapa pertuduhan yang bakal dihadapi mantan Perdana Menteri ke-6 itu, kerana pertuduhan dalam bentuk racikan, atau pertuduhan in progress.
Namun melihat cara peguam utama Najib- Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, beliau sangat yakin, bahawa anak guam beliau akan terlepas daripada semua tuduhan.
Pihak pedakwaraya mempunyai tugas yang amat berat dan mencabar untuk meberikan bukti-bukti sahih di mahkamah, tidak lagi berpaksi kepada tulisan-tulisan Sarawak Reports yang merekayasa berbagai dokumen, dan tidak juga bersandarkan buku Billion Dollar Whale tulisan Nicholas Tom Wright dan Bradely Hope, buku fiksi untuk sebuah filem.
Walaupun bermula daripada hari pertama DS Najib Razak dihadapkan ke mahkamah, berbagai kesulitan yang dihadapi peguambela beliau, misalnya tanpa dokumen pertuduhan, namun atas daya upaya peguam beliau, dokumen-dokumen itu bakal diperolehi sebelum 31 Oktober, 2018.
Mungkin, Peguam Negara baru- Tommy Thomas, beliau biasa bertindak sebagai pendakwaraya, sebab itu pengurusan dokumen berkaitan pertuduhan bercelaru.
Penulis bersangka baik, bahawa pihak pedakwaan mengalami kekekangan masa, kerana kes yang mereka bawa bukan sebarang kes, kerana kes ini boleh dikatakan kes terhebat abad ini.
Pihak pendakwaraya, bukan sahaja berdepan dengan perkara pembuktian-pembuktian, akan tetapi berdepan dengan penguam kanan yang mempunyai reputasi yang cukup gah.
Perbicaraan terhadap Najib, sebenarnya peluang keemasan bagi beliau membersihkan nama, malah memperbetulkan anggapan semua rakyat bukan sahaja rakyat negara ini malah rakyat negara-negara lain yang beranggapan bahawa dakwaan terhadap Najib sebagai betul.