Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824

Draf Pertuduhan Palsu Pada DS Najib- Mengundang Persepsi

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Sebaik sahaja Sarawak reports melaporkan Draf Pertuduhan di atas pada 30 Julai, selang beberapa jam kemudian Peguam Negara yang baru, menafikan bahawa draf tersebut disediakan oleh pihaknya, malah menjelaskan bentuk draf tersebut bukan seperti lajimnya yang disediakan oleh pejabat peguam negara.

2. Ekoran laporan tersebut, tiga individu yang ada hubungan dengan siasatan SRC International dan 1MDB telah ditahan untuk siasatan. 

3. Pagi tadi seorang pegawai SPRM telah membuat laporan polis di IPD Putrajaya, mendakwa bahawa kebocoran siasatan SRC International anak syarikat Kementerian Kewangan bukan berpunca daripada SPRM. Malah pegawai yang membuat laporan tersebut menyatakan, bahawa agensi tersebut tidak samasekali terlibat dalam sebarang konsipriasi menajtuhkan kepimpinan negara.

4. Oleh kerana SPRM telah membuat laporan polis menafikan sebarang kebocoran berpunca daripada agensi tersebut, hanya Pihak Peguam Negara, Bank Negara dan pihak polis sendiri ada kebarangkalian membocorkan maklumat berkaitan siasatan SRC International.

5. Kini timbul persepsi, apa kah benar atau tidak kewujudan draf tersebut? atau sekali lagi Sarawak Reports membuat fitnah?

6. Jika Sarawak Reports membuat fitnah, mengapa ada individu yang terlibat dengan siasatan ditahan untuk siasatan? satu tindakan yang mengundang persepsi, dan perlu jawapan jitu daripada pihak-pihak berkenaan, sebelum ianya merebak seperti mana berlaku pada 1MDB yang dibairkan berlarutan tanpa jawapan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824